Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vid ms office baru

Microsoft Office Berwajah Baru, Kalau Tak Suka Boleh Ubah Guna Cara Ini

Diterbitkan Disember 3, 2021 · Dikemas kini Disember 3, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Windows 11 telah dilancarkan Oktober lalu dengan rombakan besar-besaran pada antara muka, memberi pengalaman baru pada pengguna dengan ikon serta animasi yang lebih moden.

Selari dengan konsep visual baru yang diperkenalkan Windows 11, kini Microsoft Office dengan reka bentuk baru dilepaskan pada semua pengguna Office 2021 dan Office 365 mulai hari ini.

Antara perbezaan tersebut ialah kemas kini terbaru menumpukan reka bentuk yang lebih bundar berbanding bersegi, sebuah konsep yang diaplikasikan pada keseluruhan Windows 11.

word lama
Antara muka lama
ms word 2021
Antara muka baru

Selain itu, Microsoft Office juga kini akan mengubah paparannya mengikut tema yang dipilih pada komputer, sama ada ‘light mode’ atau ‘dark mode’.

word dark mode

Namun, jika anda tidak gemarkannya dan mahu kekal dengan antara muka yang lama, ini langkahnya.

  1. Buka Microsoft Word, Powerpoint atau mana-mana produk Office.
  2. Klik pada ikon megafon pada hujung kanan.
  3. Di bawah “Coming Soon”, tatal ke bawah, klik pada suis seperti gambar di bawah.
  4. Tutup dan buka semula Microsoft Word, Powerpoint atau mana-mana produk Office tadi.

ms word 2

Bagaimanapun, tidak banyak perbezaan ketara yang lain antara kedua-duanya. Jadi, anda mungkin tidak terasa kekok sekalipun menggunakan antara muka yang baharu.

Baca juga:

  • “Zaman Bila Pakai Chrome” – Microsoft Edge
  • Microsoft Surface Go 3 Tak Semua Orang Sesuai Guna
  • Cara Mengurangkan penggunaan RAM pada Pelayar Chrome

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY