Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
LocalSend 1

Cara Paling Mudah Hantar Fail “Cross Platform” Ke Mana-Mana Peranti

Diterbitkan Oktober 9, 2025 · Dikemas kini Oktober 9, 2025 oleh ariff bukhari

Kalau korang pening nak pindahkan fail besar dari iPhone ke Android mahupun ke PC, sebenarnya ada cara yang memudahkan anda berkongsi fail merentas platform ke mana-mana peranti.

Caranya adalah dengan menggunakan aplikasi LocalSend.

Aplikasi ni membolehkan anda hantar fail dengan cepat tanpa perlu internet, kabel, atau akaun khas.

Sebaliknya ia menggunakan sambungan Wi-Fi Direct untuk pindahkan fail secara terus antara peranti berdekatan, sama ada iPhone ke Android, Windows, Mac atau Linux.

Cara Paling Mudah Hantar Fail “Cross Platform” Ke Mana-Mana Peranti

Cara menggunakannya mudah saja. Mula-mula layari laman LocalSend – Downloads untuk muat turun fail dan pasang aplikasi ini bagi pengguna Windows dan Linux.

Bagi pengguna macOS, Android dan iOS, aplikasi LocalSend ada ditawarkan di stor platform masing masing.

Setelah dipasang, anda boleh terus menggunakan aplikasi ini tanpa perlu membuat sebarang tetapan khusus.

Screenshot 2025-10-09 114119
Contoh antaramuka LocalSend yang ringkas di PC Windows.

Seperti yang dilihat pada rajah di atas, nama peranti diberi secara automatik oleh aplikasi tersebut.

Tapi anda boleh menetapkan nama sendiri di bahagian Settings aplikasi ini.

Cara Paling Mudah Hantar Fail “Cross Platform” Ke Mana-Mana Peranti

Seterusnya, pilih fail yang hendak dihantar. Jenis fail yang boleh dihantar pula adalah pelbagai jenis termasuklah gambar, video, folder, aplikasi mahupun menghantar teks.

Malah fail-fail ini juga boleh dihantar ke pelbagai peranti serentak yang ada aplikasi ini.

Cara Paling Mudah Hantar Fail “Cross Platform” Ke Mana-Mana Peranti
Pastikan peranti berada dalam rangkaian Wi-Fi yang sama atau anda boleh buat hotspot sendiri.
Screenshot 2025-10-09 115740
Screenshot 2025-10-09 112525

Kelebihan utama LocalSend ialah kelajuan dan privasi di mana proses penghantaran fail adalah menerusi rangkaian Wi-Fi anda dengan semua data yang dihantar juga disulitkan (encrypted).

Dengan antaramuka yang ringkas dan fungsi rentas platform/peranti ini, LocalSend telah menjadi pilihan ramai pengguna global.

WhatsApp Image 2025-10-09 at 12.19.48
LocalSend versi pelayar juga boleh digunakan tapi ia masih dalam peringkat Beta

Muat turun sekarang aplikasi LocalSend: Transfer Files

@wisermy

Nak send file besar-besar guna LocalSend je. Dari iPhone ke Android pun senang gila. #LocalSend #iphone #android #windows

♬ Beat Hip Hop Melody Sampled – WM Beats

Berkaitan

  • Fail Android Kini Boleh Dipaparkan Di 'File Explorer' PC Anda Secara Wayarles
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • realme 15 Pro Game of Thrones Edisi Terhad Dilancar Pada Harga RM2,499

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY