Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Untuk Menjadikan Microsoft Edge Sebagai Pelayar Utama iPhone

“Zaman Bila Pakai Chrome” – Microsoft Edge

Diterbitkan Disember 3, 2021 oleh Amsyar Latif

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang. Mungkin itulah siulan daripada pelayar Edge kerana Internet Explorer pada waktu dahulu memang tidak digemari pengguna. Explorer hanya digunakan untuk memuat turun pelayar lain sahaja.

Namun segalanya sudah berubah sejak kehadiran Microsoft Edge. Disebabkan itu, mereka akan “perli” pengguna sekiranya pengguna mahu memuat turun pelayar Chrome melalui Edge.

Berdasarkan laporan daripada Neowin, apabila pengguna berada dalam laman muat turun Chrome di Microsoft Edge Canary di Windows 11, pengguna akan menerima satu mesej “that browser is so 2008”.

“Zaman Bila Pakai Chrome” – Microsoft Edge

Mesej tersebut jelas menunjukkan bahawa Microsoft mahu pengguna kekal menggunakan pelayar Edge berbanding Chrome.

Bagaimanpun, ia logiklah kerana Chrome merupakan pesaing terdekat bagi Edge. Jadi tidak pelik jika mesej itu terpapar kerana mereka menganggap bahawa Edge jauh lebih baik daripada Chrome. Malah secara tidak langsung mempromosikan pelayarnya kepada pengguna.

Selain itu, Microsoft turut dikatakan cuba menghalang pengguna untuk memuat turun pelayar lain sekiranya pengguna membuat carian melalui Bing. Terdapat banyak iklan yang memaparkan Edge.

“Zaman Bila Pakai Chrome” – Microsoft Edge
“Zaman Bila Pakai Chrome” – Microsoft Edge

Akan tetapi, sepatutnya Microsoft tidak berhak berbuat demikian kerana pengguna mempunyai pilihan. Ada yang masih gemar menggunakan Chrome sebab sudah selesa. Mungkin juga ada yang memilih pelayar lain seperti Brave atau Opera GX.

Sebagai pengguna, adakah anda sudah tidak lagi memakai Chrome dan bertukar ke Edge?

Sumber: neowin

Baca juga:

  • Ada Aplikasi Dikesan Sasar Maklumat Bank Rakyat Malaysia

  • Ini Barisan Laptop ASUS Yang Guna OLED Sepenuhnya

  • Walaupun Boleh Naik Taraf Percuma, Masih Ramai Lagi Tak Guna Windows 11

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY