Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xbox series x

Microsoft Umum Xbox Series X, Konsol Permainan Tahun 2020

Diterbitkan Disember 13, 2019 ยท Dikemas kini Disember 13, 2019 oleh Meor Hasyim

Hari ini di acara Game Awards 2019 bertempat di Los Angeles, Microsoft mengumumkan konsol mereka untuk tahun 2020 nanti, Xbox Series X. Terdahulu, ia memakai nama Project Scarlett sebelum ia mendapat nama rasmi Series X tersebut.

Apa yang menarik mengenainya adalah yang pertamanya ia mempunyai rekaan seakan PC, iaitu kotak bersegi memanjang ke atas. Dimensi rekaan ini adalah sama lebar dengan alat kawalan Xbox One dan juga 3 kali tingginya. Walaupun direka sebegitu, ia tetap boleh digunakan dalam kedua-dua orientasi menegak dan juga melintang.

Dari segi spesifikasi, konsol akan dilengkapi dengan CPU kustom berasaskan seni bina Zen 2 dan Radeon RDNA. Ia juga menggunakan NVMe SSD untuk kelajuan memuat permainan. Xbox X Series juga menyokong resolusi permainan 8K, fps sehingga 120fps, ray tracing dan juga kadar segar semula boleh ubah suai.

Menurut Microsoft, GPU pada Xbox X Series adalah 8 kali ganda lebih berkuasa Xbox One, dan 4 kali ganda dari Xbox One X. Ia juga disertakan dengan Auto Low Latency Mode (ALLM) dan Dynamic Latency Input (DLI) yang akan membuatkannya konsol paling responsif pernah dibina.

Bersama-sama dengan pengumuman itu, Microsoft juga menyertakan alat kawalan Xbox Wireless Controller baharu. Ia mempunyai butang ‘Share’ yang memudahkan pengambilan screenshot dan juga klip video ketika bermain.

Image result for xbox x series"

Xbox Series X ini walau bagaimanapun akan mula dilancarkan secara rasmi pada akhir tahun 2020 nanti. Sebelum ini, juga pesaing terbesar mereka, Sony, telah memilih nama akhir PlayStation 5 untuk konsol mereka. Dengan pengumuman ini, maka peminat hanya perlu menunggu bagaimana rupa PlayStation 5 nanti memandangkan kita sudah melihat rupa bentuk Xb0x Series X.

Sumber: Microsoft

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY