Microsoft Surface Laptop Yang Baru Dilancarkan Ini 50% Lebih Laju Berbanding MacBook Air

Harini Microsoft memperkenalkan komputer riba baru mereka iaitu Surface Laptop, dijalankan dengan sistem operasi Window 10 S baru yang memfokuskan pada pengunaan pelajar dan pendidik.

Surface Laptop ini mempamerkan rekaan yang nipis dan elegan dengan saiz nipis pada hanya 14.47 mm. Ianya dibina bersama paparan skrin PixelSense berukuran 13.5 inci pada resolusi HD penuh. Komputer riba ini juga boleh digunakan bersama Surface Pen.

mssurface_keysangle_0250_v2_rgb-59088b38165ff-1000x750_575px

Dibina dengan papan kekunci 'Alcantra' bersama permukaan kain fabrik lembut seperti yang ditampilkan oleh Surface Book sebelum ini. hadir dengan 4 pilihan warna iaitu Platinum, Burgundy, Cobalt Blue dan Graphite Gold.

mssurface_four_device_01_v2_rgb-59088c388c373-1000x563_678x452

mssurface_four_device_02_rgb-59088c3e2995a-1000x563_575px

Bersama cip Intel Core generasi ke-7 ini mereka berkata Surface Laptop memberikan penggunaan bateri yang lebih tahan lama pada 14.5 jam berbanding MacBook Air pada sekitar 12 jam.

Untitled

Surface Laptop dimuatkan dengan cip pemprosesan Intel Kaby Lake, ditawarkan bersama dua pilihan iaitu Core i5-7200U atau Core i7-7660U. Microsoft juga mendakwa komputer riba baru ini adalah 50% lebih laju jika dibandingkan dengan MacBook Air. Kedua-dua model ini hadir dengan pilihan RAM bersaiz 4GB, 8GB dan 16GB.

surface-laptop-12-1280x571

Rujuk gambar di bawah untuk spesifikasi penuh Surface Laptop. Komputer riba baru dari Microsoft ini akan dijual ke pasaran bermula pada $999 USD (RM 4400) mengikut tukaran matawang semasa bermula 15 Jun ini. Kalau nak dapat awal boleh pre-order kat SINI

Untitled

Sumber