Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Kumpul Negara-Negara Asia Pasifik Tangani Ancaman Siber

Microsoft Kumpul Negara-Negara Asia Pasifik Tangani Ancaman Siber

Diterbitkan Mei 31, 2021 oleh Wiser MY

Ramai sedia maklum bahawa ancaman siber semakin meningkat setiap hari. Terutama di negara-negara Asia Pasifik yang mencatat purata 1.6 dan 1.7 kali lebih tinggi dari negara lain di dunia.

Oleh itu, Microsoft telah melancarkan Majlis Eksekutif Keselamatan Siber Sektor Awam Asia Pasifik yang menggabungkan agensi teknologi awam dan swasta. Dengan gabungan ini, ancaman siber dalam negara dapat ditangani melalui rancangan saluran komunikasi yang lebih kukuh.

Baca juga – Microsoft Teams Pencabar Terbaru WhatsApp

Selain itu, gabungan ini dibina agar maklumat risikan dapat dikongsi dan disediakan dengan lebih rapi untuk bertindak balas kepada serangan siber.

Tambahan lagi, strategi gabungan serantau ini lebih berkesan terhadap serangan siber kerana dapat bertindak lebih proaktif berdasarkan maklumat risikan bersama.

Dalam pada itu, gabungan ini akan menambah baik kemahiran digital dan tenaga kerja keselamatan siber menerusi latihan pensijilan keselematan Microsoft.

Baca juga – “Edge Adalah Pelayar Terbaik Di Windows 10” – Microsoft

Antara yang terlibat dalam majlis yang disokong ahli profesional keselamatan siber Microsoft ini adalah 15 penggubal dasar dari Brunei, Indonesia, Korea, Malaysia, Filipina, Singapura, dan Thailand.

Sumber: siaran akhbar Microsoft

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY