Setiap pelayar ini mempunyai keistimewaan dengan pelbagai ciri tertentu bagi menarik pengguna menggunakannya.
Tetapi, adakah terdapat pelayar yang dapat dinobatkan sebagai yang terbaik berbanding pelayar-pelayar lain?
Menurut Microsoft, aplikasi pelayar terbaik di Windows 10 adalah adalah aplikasi pelayar Microsoft Edge.
Versi terbaik pelayar itu akan ditawarkan oleh Microsoft kepada semua pengguna Windows 10 dalam minggu ini.
"...Microsoft Edge will be the best performing browser on Windows 10 when Microsoft Edge version 91 releases later this week!" Microsoft.
Kenyataan itu dibuat berdasarkan kepada kepantasan aplikasi itu serta ciri terbaru yang dikenali sebagai sleeping tabs.
Microsoft menyatakan, versi terbaru Microsoft Edge yang berasaskan Chromium itu dioptimasikan bersama sistem teras Windows 10 menjadikannya lebih pantas dari mana-mana pelayar di Windows 10.
Tetapi adakah dengan meningkatkan prestasi serta perkenalkan ciri baru pada Edge akan mampu menarik pengguna yang terbiasa menggunakan pelayar seperti Chrome beralih kepada Edge?
Semakan di laman analitik Statcounter menunjukkan pelayar Google Chrome masih kekal sebagai pelayar paling popular dengan penguasaan pasaran sebanyak 67%.
Manakala pelayar Microsoft Edge pula hanya sebanyak 7.96% sahaja.

Sumber: Windows Blog
Berkaitan
- Pengguna Windows 10 1809 Kini Terpaksa Rela Menerima Kemas Kini Windows 10 1909 Dari Microsoft
- Microsoft Teams Pencabar Terbaru WhatsApp
- Microsoft Memaklumkan Isu "Startup" Windows Yang Perlahan
- Kemas Kini Kumulatif KB4579311 Bagi Banyak Masalah Pada Pengguna Windows 10
- Aplikasi Paint Di Windows 11 Akhirnya Bakal Terima Ciri "Baru"
- OPPO Perkenalkan Model Edisi Terhad Barcelona FC OPPO Reno 10x Zoom
- Versi Windows 10 Home Dan Pro Ini Akan Ditamatkan Sokongan Pada Mei Ini
- Microsoft Tawar Kemas Kini KB5008353 Untuk Pengguna Windows 11
- WhatsApp Menamatkan Sokongan Terhadap Telefon Pintar Windows Serta Peranti Android dan iPhone Model Terdahulu
- Aplikasi YouTube Music Kini Tersedia Pasang Pada Semua Peranti Android 10