Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Penjelasan Sains Disebalik Sebab Mengapa Kucing Menyukai ‘Catnip’

Penjelasan Sains Disebalik Sebab Mengapa Kucing Menyukai ‘Catnip’

Diterbitkan Januari 12, 2023 · Dikemas kini Januari 12, 2023 oleh Firdaus

Sebelum ini, kita jelas bahawa kucing sememangnya suka dan sangat cenderung kepada tumbuhan catnip. Tetapi saintis hanya menemui rahsia dan sebab disebalik perkara ini pada tahun lepas.

Catnip Mempunyai Bahan Kimia Istimewa

Tumbuhan catnip mempunyai bahan kimia bernama iridoids di permukaan dan dalam daunnya. Iridoids adalah bahan kimia yang bertanggungjawab membuat kucing berasa khayal (high/stoned) dan menghalau nyamuk.

Bahan iridoids akan menjadi pencetus kepada peningkatan penghasilan hormon endorfin kucing apabila si comel berinteraksi dengannya. Dan seterusnya, membuatkan mereka berasa khayal atau ‘layan’.

I Take Photos Of Cats High On Catnip, And It's Sooo Much Fun (19 Pics) | Bored Panda

Untuk pengetahuan pembaca, para saintis mendapati kucing berinteraksi dengan catnip dalam 4 tingkah laku – menjilat, mengunyah, menggosok dan berguling.

Kucing yang menggosok atau berguling dengan catnip secara tidak langsung menyaluti bulunya dengan iridoids yang dihasilkan catnip. Pada masa yang sama, tindakan tersebut mampu menjadi penghalau nyamuk semula jadi untuk kucing.

Walau bagaimanapun, 2 baki tingkah laku iaitu mengunyah dan menjilat catnip yang dilakukan kucing ini menjadi tanda tanya kepada saintis. Mereka keliru kenapa kucing menjilat dan mengunyah tumbuhan ini.

Saintis Keliru Kenapa Kucing Menjilat Dan Mengunyah Catnip 

Oleh itu, sekumpulan saintis di Universiti Iwate, Jepun mendapati daun catnip yang telah koyak atau dikunyah kucing menghasilkan dan mengeluarkan pelbagai jenis iridoids dalam kuantiti yang banyak berbanding daun yang masih elok.

Is Catnip Bad for Cats?

Mengikut saintis, daun catnip yang rosak mengeluarkan campuran 5 jenis iridoids yang seimbang seperti nepetalactone dan nepetalactol. Apabila didedahkan, kucing lebih cenderung untuk memilih dan berinteraksi dengan daun yang rosak.

Campuran bahan-bahan kimia kompleks ini didapati sangat menarik perhatian kucing dan pada masa yang sama, adalah bahan yang paling berkesan dalam menghalau nyamuk.

Disamping itu, catnip yang telah digigit atau kunyah itu akan mengeluarkan kuantiti iridoids yang lebih banyak, dan secara tidak langsung akan lebih mengkhayalkan seseekor kucing itu.

Hasil kajian dan eksperimen ini telah diterbitkan di iScience pada bulan Jun, 2022 lepas.

Berkaitan

  • MYSA Lakar Sejarah Laksanakan Pengujian Satelit Yang Pertama Di Malaysia
  • Saintis: Orang Yang Bijak Lebih Mudah Untuk Gembira Ketika Bersendirian
  • NASA Rancang Bina Kapal Terbang Elektrik Tahun Ini
  • Malaysia Sasar Ada 10,000 Stesen Pengecasan EV Menjelang 2025
  • Terbang Tanpa Henti Dan Rehat, Burung Ini Cipta Rekod Dunia Guinness Baharu

Sumber: Smithsonian Magazine

Gambar utama: Smithsonian Magazine

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY