Microsoft Akhirnya Menghentikan Sokongan Kepada Vista

Sistem operasi Microsoft mungkin antara sistem operasi yang paling banyak digunakan oleh penduduk dunia.

Sistem operasi mereka telah berevolusi sepangjang zaman dan membuatkan penciptanya, Bill Gates antara manusia paling kaya di dunia.

Walaupun begitu, terdapat beberapa versi sistem operasi mereka yang tidak begitu mendapat sambutan pengguna.

Salah satunya ialah Microsoft Vista.

Sistem operasi yang pertama kali muncul di pasaran pengguna ialah pada 30 Januari 2007.

Sistem operasi ini kemudian dilihat gagal menyerlahkan potensinya dengan pelbagai kritikan negatif dari majoriti pengguna.

Mozilla Firefox telah memberitahu mereka akan memberhentikan sokongan kepada sistem operasi itu pada September ini dan Google pula mengatakan Gmail tidak akan berfungsi dengan sistem itu pada akhir tahun ini.

Gergasi permainan video, Blizzard pula berkata permainan mereka tidak akan berfungsi lagi dengan sistem operasi itu.

Sumber