Microsoft Akan Menawarkan Versi Windows 10 1909 Tidak lama Lagi

Mengandungi pelbagai ciri baru, penambah baikan antaramuka serta ciri keselamatan Windows 10.


Microsoft dijangka akan melepaskan kemas kini Windows 10 versi 1909 kepada para pengguna mereka dalam beberapa minggu ini. Ketika ini versi terkini Windows 10 adalah versi 1903.

Ketika ini, versi Windows 10 1909 yang menggunakan kod nama 19H2 sudah pun mula ditawarkan kepada pengguna yneg mendaftar dengan Windows Insiders Preview.

Berdasarkan kepada preview awal Windows 10 19H2 itu, Microsoft telah menambah baik beberapa isu yang dihadapi penggunanya sebelum ini serta bakal memperkenalkan beberapa ciri terbaru.

Antara ciri baru yang menarik perhatian adalah pengguna akan boleh mencipta jadual harian mereka menerusi akses kalendar terus dari taskBar di bahagian Time & Date.



Antaramuka tetapan di bahagian Notifications & actions juga ditambah baik di mana ia akan memaparkan imej preview bagaimana notifikasi akan dipaparkan kepada pengguna.



Selain itu, dari aspek prestasi pula Microsoft menjanjikan peningkatan prestasi bagi komputer yang dilengkapi dengan cip pemprosesan yang menyokong ciri "favored cores" atau juga lebih dikenali Intel sebagai Turbo Boost Max Technology.