Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Microsoft Beri Amaran Jika Anda Menggunakan Windows 11 Pada Komputer Yang Tidak Disokong

Posted on Februari 15, 2022Februari 15, 2022

Mula dikesan oleh pihak Windows Latest, pengguna yang didapati menggunakan sistem operasi Windows 11 pada komputer yang tidak menyokongnya dilaporkan akan menerima notifikasi amaran dari pihak Microsoft.

Microsoft sebelum ini menegaskan bahawa memasang Windows 11 ke dalam komputer yang tidak memenuhi syarat minimum yang diperlukan sistem operasi itu adalah tidak disyorkan.

Microsoft menyatakan, pengguna berpotensi berdepan isu kegagalan sistem komputer beroperasi serta tidak dijamin akan menerima kemas kini terbaru yang ditawarkan mereka pada masa akan datang.

Jadi Microsoft mengesyorkan kepada pengguna untuk kembali kepada sistem Windows 10 jika komputer mereka tidak menyokong Windows 11 dengan langkah mudah pilih Start > Settings > System > Recovery > Go back. 

Walaubagaimanapun, pilihan utnuk kembali ke sistem Windows 10 itu hanya ditawarkan dalam tempoh 10 hari sahaja selepas komputer tersebut dinaik taraf kepada Windows 11.

Selepas dari tempoh tersebut, sistem fail bagi menjalankan fungsi tersebut akan dipadam secara automatik bagi menjimatkan ruang storan komputer tersebut.

Sumber: Microsoft, Windows Latest

Baca juga:

  • Senarai PC Yang Tersedia Dengan TPM 2.0 Dan Menyokong Windows 11
  • Ini Spesifikasi Asas Dan Keperluan Lain Bagi Membolehkan Komputer Anda Menjalankan Sistem Windows 11 Dan Ciri-Ciri Utamanya
  • Jadi, Bilakah Anda Boleh Mendapatkan Windows 11 Untuk Komputer Anda?

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress