Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
windows 11

Microsoft Ada Rancangan Sediakan Windows Melalui ‘Cloud’

Diterbitkan Jun 28, 2023 · Dikemas kini Jun 28, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Microsoft dikatakan merancang untuk menjadikan sistem operasi komputer Windows sebagai OS yang boleh diakses sepenuhnya dari awan (cloud).

Pelan ini terdedah dalam fail perbicaraan melibatkan FTC v. Microsoft di mana ia turut menyertakan strategi Microsoft untuk permainan.

Microsoft’s state of the business from June 2022.

Seperti anda dapat lihat dalam gambar di mana perancangan jangka masa panjang menyebut “Move Windows 11 increasingly to the Cloud.”

Kalau kita sudah biasa dengan Microsoft 365, tahukah anda wujud juga Windows 365 yang ia sememangnya OS Windows tapi boleh diakses daripada awan?

Cumanya, ia masih terhad. Jadi, tak pelik jika Windows pada 7-8 tahun akan datang ia tersedia melalui awan sepenuhnya.

Berkaitan

  • Cara Jadikan Telefon Pintar Galaxy Sebagai Skrin Kedua Komputer Windows Anda
  • Cara Mudah Mengemaskini Kesemua Aplikasi Pada PC Windows
  • CeX Buka Kedai Pertama Di Malaysia, Jual Peranti Terpakai Dengan Jaminan 2 Tahun

Syarikat ini sudah pun mula memasukkan elemen ‘cloud’ ke dalam Windows 11 di mana pada kemas kini seterusnya, mereka akan berikan ciri bernama Windows 365 Boot yang membolehkan peranti Windows 11 log masuk ke PC awanan daripada fasa boot.

Nampaknya dunia begitu ghairah terhadap AI dan awanan. Agaknya apa akan jadi pada 2033 nanti, apakah semua perkhidmatan kita gunakan hari ini boleh diakses dari awanan?

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY