Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
cex ioi city mall

CeX Buka Kedai Pertama Di Malaysia, Jual Peranti Terpakai Dengan Jaminan 2 Tahun

Diterbitkan Jun 26, 2023 · Dikemas kini Jun 26, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

CeX (Complete Entertainment Exchange) membuka tirai di Malaysia dengan cawangan pertamanya terletak di dalam IOI City Mall Putrajaya.

cex ioi city mall 1

Berasal dari UK, ia dioperasikan oleh Nuovolife Sdn. Bhd. untuk pasaran tempatan.

Antara barang terpakai yang dijual termasuklah telefon, iPhone, tablet, komputer riba, MacBook, permainan video, aksesori, kamera, GoPro, barang audio, barang dron dan barang realiti maya.

cex ioi city mall

Lebih menarik lagi, semua barang yang dijual di sini juga mempunyai jaminan sehingga 2 tahun.

CeX juga membeli barang anda dengan tunai atau baucar, terpulang pada anda.

cex ioi city mall

Melalui laman webnya, iPhone 11 versi unlocked berharga RM1650, iPhone 12 mini unlocked untuk RM1700, GeForce RTX 3060 Ti untuk RM1400 dan lain-lain.

barang cex ioi city mall

Lokasi CeX pertama di Malaysia ini ialah di di L2-69, IOI City Mall Putrajaya, berdekatan dengan panggung GSC West Wing. Ia dibuka setiap hari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Berkaitan

  • U Mobile Lancar U Home 5G, 'Broadband' 4G/5G Serendah RM78 Tanpa Kontrak
  • Machines Sedang Tawar Diskaun Untuk Pelbagai Produk Apple, Berakhir Pada 2 Julai 2023
  • Cara Mohon Kredit RM200 eBeliaRahmah Melalui TNG eWallet
  • Cara Tuntut eBeliaRahmah Melalui Setel

CeX bercadang untuk meluaskan operasinya di Lembah Klang dalam tahun ini juga dan ke kawasan lain menjelang 2026.

Laman webnya pula boleh diakses di SINI.

Sumber: Siaran Akhbar CeX

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY