Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Smart vIEW 13

Cara Jadikan Telefon Pintar Galaxy Sebagai Skrin Kedua Komputer Windows Anda

Diterbitkan Jun 13, 2023 · Dikemas kini Jun 13, 2023 oleh ariff bukhari

Pengguna telefon pintar Samsung Galaxy mungkin tidak sedar bahawa peranti mereka itu memliki ciri tersembunyi yang mungkin berguna.

Ciri itu adalah menjadikan skrin telefon pintar Galaxy sebagai paparan kedua untuk komputer. Anda tidak perlu pun memuat turun dan memasang sebarang aplikasi pihak ketiga ke dalam telefon pintar dan komputer anda bagi menggunakan ciri tersebut.

Jadi di sini dikongsikan langkah-langkah bagi menjadikan skrin telefon pintar Galaxy anda sebagai paparan kedua bagi komputer Windows.

1. Pastikan komputer dan telefon Galaxy anda disambungkan dalam rangkaian Wi-Fi yang sama. Di telefon pintar Galaxy anda, aktifkan dulu ciri Smart View.

Smart vIEW 1

2. Selepas itu, anda tap pada tetapan Smart View pada ikon 3 titik bertindih di sebelah kanan bagi membuka Settings.

Smart vIEW 2

3. Kemudian di bahagian Settings Smart View ini, tap pada About Smart View.

Smart vIEW 3

4. Seterusnya, anda tap berulang kali pada atas perkataan Smart View (seperti yang ditanda dalam rajah di bawah) sehingga keluar kotak dialog yang meminta anda memasukkan kata laluan seperti rajah di bawah.

Smart vIEW 4
Smart vIEW 5

5. Kata laluan yang perlu anda masukkan adalah dengan cuba memasukkan salah satu daripada kata laluan yang diberikan di bawah:

  • #00rtsp00 atau;
  • #00sv00

6. Selepas kata laluan berjaya dimasukkan, anda akan di bawa ke paparan SmartView developer option. Di bahagian ini, aktifkan tetapan Start SecondScreen dan tap pada tetapan tersebut yang akan membawa anda ke tetapan Second screen.

Smart vIEW 6
WhatsApp Image 2023-06-13 at 12.22.12-2

7. Kekalkan peranti anda di bahagian Second screen ini. Pada komputer anda pula, anda tekan kekunci pintasan Windows+ K bagi memaparkan tetapan di bawah yang akan menunjukkan telefon pintar Galaxy anda sedia untuk disambungkan bersama komputer tersebut.

Smart vIEW 8
Smart vIEW 9
Tetapan ini juga boleh diakses menerusi Settings > System > Display > Multiple Displays > Connect to a wireless display > Connect.

8. Seterusnya klik pada nama telefon pintar Galaxy yang di paparkan di bawah (Available displays) yang sedia untuk disambungkan.

Smart vIEW 10

9. Selepas itu, komputer dan telefon Galaxy anda itu sudah berjaya disambungkan. Malah anda juga boleh membuat tetapan lain untuk skrin telefon Galaxy yang disambungkan itu.

Smart vIEW 11

10. Selamat mencuba.

Smart vIEW 12

Berkaitan

  • MSI Modern 14 - 'Laptop' Bajet Dengan 'Spec' Lama Tapi Masih Mantap
  • (Ulasan) Samsung Galaxy A54 - Calon 'Midrange' Terbaik Bawah RM2000
  • Senarai Terkini Telefon Pintar Yang Sudah Sokong 5G Malaysia Setakat 22 Mei 2023

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY