Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
harga mi smart band 5

Mi Smart Band 5 Rasmi Diperkenal Pada Harga RM169

Diterbitkan Julai 24, 2020 · Dikemas kini Julai 24, 2020 oleh Amalina Athman

Xiaomi hari ini telah memperkenalkan Mi Smart Band 5 secara rasmi dalam pasaran tempatan. Syarikat pengeluar tersebut telah mengumumkan penjejak kesihatan ini dengan nama Mi Band 5 untuk pasaran China pada bulan lalu.

Mi Smart Band 5_08

Mi Smart Band 5 didatangkan dengan paparan AMOLED 1.1 inci. Ia hadir dengan paparan berwarna dengan 65 pilihan tema yang boleh disesuaikan.

Selain paparan berwarna, ia mengemaskini pengesanan kecergasan serta ciri pengecasan magnetik. Berbanding model sebelumnya, pengecasan magnetik diletakkan pada bahagian bawah peranti tanpa perlu menanggalkannya daripada tali.

Mi Smart Band 5_000

Peranti ini dilengkapi 11 mod kecergasan dan ciri khusus iaitu penjejakan kitaran haid untuk wanita, pengesanan tahap tekanan, latihan pernafasan,  matriks kesihatan PAI dan sebagainya.

Dari segi janaan kuasa, ia dimuatkan dengan 125mAh bateri yang dikatakan mampu bertahan sehingga 14 hari. Peranti ini juga mempunyai sokongan ketahanan air 5ATM.

Mi Smart Band 5_06

Mi Smart Band 5 hadir dengan 6 pilihan warna iaitu Black, Orange, Navy Blue, Yellow, Teal dan Mint Green.

Mi Smart Band 5 Rasmi Diperkenal Pada Harga RM169

Peranti ini telah mula dijual pada hari ini dan ditawarkan dengan harga RM169. Pembelian Mi Smart Band 5 boleh dilakukan melalui Lazada (https://invol.co/cls3pl) atau Shopee (https://invol.co/cls3pb).

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
©2026 WISER.MY