Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article (81)

Meta Perkenal Suntingan Video Menggunakan Kecerdasan Buatan

Diterbitkan November 18, 2023 oleh Muhd Idham

CEO kepada Meta, Mark Zuckerberg, telah memperkenalkan ciri baharu iaitu Emu AI Meta pada hari Khamis yang lepas.

https://www.facebook.com/reel/1330584860932048

Ciri terbaru ini dijangka dapat memberi kebolehan kepada pengguna Facebook dan Instagram untuk menyunting gambar mereka sehingga menjadi video animasi seperti watak dalam kartun animasi Disney. Mark juga berkata bahawa kecerdasan buatannya ini mempunyai dua kebolehan yang berlainan.

Emu Edit

Anda kini boleh menyunting gambar hanya dengan menggunakan input teks sahaja.

https://army.wiser.my/wp-content/uploads/2023/11/402619744_1388717678521323_3562242848036608199_n.mp4

Berdasarkan video daripada Meta ini, kegunaannya kelihatan lebih kurang sama sahaja dengan alatan yang ada dalam Adobe dan Canva. Cuma kaedahnya yang terlalu mudah sehinggakan pengguna tidak perlu pilih bahagian mana yang mereka mahu sunting.

Emu Video

Kebolehan yang kedua ini dikatakan masih berada dalam fasa ujian. Mark menyatakan peranannya adalah menghasilkan video hanya dengan gabungan dua input iaitu teks prompt dan gambar rujukan. Hasil daripada itu adalah satu animasi kasar yang menyerupai sistem Make-A-Video Meta yang dilancarkan pada tahun lepas.

https://army.wiser.my/wp-content/uploads/2023/11/402620037_1428294171062679_9216001264468775392_n.mp4

Walau bagaimanapun, masih belum ada khabar tentang kehadiran kecerdasan buatan ini di Facebook ataupun Instagram buat masa sekarang.

Berkaitan

  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • JBL Lancar Barisan Produk Audio Dengan Tema Vintaj
  • Apple Rancang Buat Kunci Digital Untuk Hidupkan Kereta Dengan iPhone
  • Android 14 Lepas Ini Mudahkan Pengguna Sembunyikan Aplikasi Dan Data Peribadi

Sumber: Meta

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY