Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Apple Rancang Buat Kunci Digital Untuk Hidupkan Kereta Dengan iPhone

Posted on November 17, 2023

Sejak kebelakangan ini, Apple dilaporkan sedang berada di dalam fasa pengkajian dan pembuatan kunci digital bersama satu kumpulan kerja.

Kumpulan kerja ini merupakan gabungan daripada dua konsortium iaitu Car Connectivity Consortium (CCC) yang terdiri daripada beberapa syarikat kereta utama dan FiRa Consortium, organisasi yang mempromosikan kegunaan teknologi UWB. Kumpulan ini dinamakan sebagai Jalur Lebar Ultra Bersama MAC PHY (JUMPWG).

Sehubungan dengan itu, Alysia Johnson, presiden CCC, menekankan untuk semua wakil daripada syarikat pembuat telefon pintar dan syarikat penghasilan kereta perlu berkumpul sekali dan berbincang tentang pembangunan teknologi UWB untuk kunci digital ini.

Kunci Digital CCC

Konsep kunci digital ini terhasil daripada teknologi UWB dan komunikasi medan dekat (NFC) bersama dengan sambungan Bluetooth untuk menghantar dan menerima signal komunikasi antara telefon dan kereta anda.

Namun kini, hanya syarikat kereta BMW sahaja dilihat secara jelas mengeluarkan kunci digital mereka sendiri dengan menggunakan teknologi NFC. Secara ringkasnya, anda hanya mampu membuka kunci kereta apabila telefon pintar didekatkan ke sebelah pemegang pintu.

Sementara itu, Apple yang menggunakan teknologi UWB untuk iPhone, Apple Watch dan AirTag membolehkan peranti mengesan lokasi dengan lebih tepat sekaligus menjadi model yang sesuai untuk permulaan teknologi kunci digital ini.

Beli produk Apple di:

Shopee – https://invl.io/cljn9j3

Lazada – https://invol.co/cljn9in

{suggest}

Sumber: Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress