Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
FILE PHOTO: FILE PHOTO: A Facebook logo is displayed on a smartphone in this illustration

Meta Perbetulkan Isu Pepijat ‘Permintaan Kawan’ Secara Automatik Di Facebook

Diterbitkan Mei 15, 2023 oleh ariff bukhari

Sebahagian pengguna Facebook telah melaporkan isu ‘permintaan kawan’ yang dihantar secara automatik kepada setiap profail yang dilihat mereka.

Ekoran itu pihak Facebook telah meminta maaf atas pepijat tersebut.

Jurucakap Facebook ketika bercakap kepada laman The Daily Beast menyatakan, mereka telah memperbetulkan isu itu menerusi kemas kini yang dilepaskan untuk aplikasi Facebook.

Pada minggu lalu, ramai pengguna Facebook menggunakan platform media sosial pada Jumaat lalu untuk mengadu tentang pelanggaran privasi besar-besaran dengan sesetengahnya menggelarkan isu itu sebagai “pengakhiran pengintipan.”

Fb is legit adding randoms if you click on their profile.

Got a screen record here.@facebook wtf?!#Facebook #glitch #facebookadd pic.twitter.com/S7lxPhQU6F

— Bavid Mcjavid (@bavidmcjavid) May 12, 2023

Malah ada sebilangan pengguna Facebook berkata mereka telah menyahaktifkan akaun FB mereka kerana isu yang menjengkelkan itu.

So facebook now automatically sends friend request when you see someone’s profile…. We did the test with random people and if you check your friend request sent they appear there… #Facebook pic.twitter.com/vN7r8T1uw8

— MONTSE (very tortured poet) (@beachybones) May 12, 2023

Pepijat terbaharu ini muncul apabila syarikat induk Facebook, Meta melaksanakan  pemberhentian besar-besaran yang telah menyaksikan syarikat itu mengurangkan sekurang-kurangnya 13% kakitangannya dengan  memecat lebih daripada 11,000 orang pekerja.

Berkaitan

  • Meta Buang Pekerja Secara Halus, Mahu Kurangkan Perbelanjaan Sebanyak 10%
  • Lebih 50 Aplikasi Android Akan Terima Kemas Kini Antaramuka Baharu
  • TNG eWallet Naikkan Had Minimum Tambah Nilai Melalui FPX Dan Kad Kredit Iaitu RM20

Sumber: The Daily Beast

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY