Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Meta Mahu Guna Kuasa Nuklear Untuk Pusat Data Seawal Tahun 2030

Meta Mahu Guna Kuasa Nuklear Untuk Pusat Data Seawal Tahun 2030

Diterbitkan Disember 4, 2024 · Dikemas kini Disember 4, 2024 oleh Rushsyafizal

Meta telah mengesahkan rancangan mereka untuk menggunakan tenaga nuklear bagi membekalkan kuasa kepada pusat data di Amerika Syarikat.

Mereka kini sedang mencari rakan kerjasama daripada pembangun teknologi tenaga nuklear bagi merealisasikan sasaran menambah kapasiti tenaga antara satu hingga empat gigawatt, bermula awal 2030-an.

Meta menyasarkan teknologi seperti Small Modular Reactors (SMR) atau reaktor nuklear berskala besar dan tidak menetapkan lokasi khusus untuk projek ini. Sebelum ini, rancangan membina pusat data bertenaga nuklear terhenti kerana penemuan spesies lebah yang jarang ditemui di tapak cadangan.

Menurut Meta, inovasi ini bukan sahaja menyokong pertumbuhan platform mereka tetapi juga membantu memastikan grid elektrik komuniti sekitar lebih stabil.

Langkah ini mencerminkan komitmen syarikat terhadap kuasa nuklear sebagai penyelesaian tenaga mesra alam.

Namun, Meta bukanlah satu-satunya pemain teknologi yang bergerak ke arah ini. Google turut merancang membina beberapa reaktor SMR dengan sasaran menghasilkan 500 megawatt kuasa nuklear.

Manakala Microsoft berusaha menghidupkan kembali loji nuklear Three Mile Island di Pennsylvania untuk tujuan AI.

Langkah ini menunjukkan tenaga nuklear bakal memainkan peranan penting dalam menyokong keperluan teknologi seperti AI, sekali gus mencetuskan perbincangan mengenai masa depan tenaga hijau.

Berkaitan

  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda
  • Data MyKad 17 Juta Rakyat Malaysia Didakwa Bocor
  • China Haramkan Eksport Mineral Utama Ke Amerika Syarikat
  • Bank Perlu Bayar Balik Kepada Mangsa 'Scam' Jika Cuai - PM
  • PlayStation Portal Antara Kejayaan Besar - Sony

Sumber: Meta

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY