Kementerian Indonesia Mohon Maaf Pada Semua 'Gamer', Ketua Pengarah Juga Akui Main 'Game'

Kementerian Komunikasi dan Informatika (Kominfo) Indonesia memohon maaf kerana menyekat beberapa aplikasi yang menghalang 'gamer' mengakses permainan.

Dua hari lepas, platform termasuk Yahoo!, PayPal, Steam. Epic Games, Dota, Counter-Strike, Epic Games and Origin.com dan Xandr.com. dihalang akses oleh kerajaan Indonesia kerana tidak berdaftar sebagai PSE (Penyelenggara Sistem Elektronik)
"Jadi, mohon maaf teman-teman, pemain game. Saya juga pemain game, mohon maaf sementara waktu memang masih ada kendala dan mereka sedang melengkapi dan mereka berkomitmen segera mendaftar. Kita tunggu, mudah-mudahan bisa cepat mendaftar," kata Semuel Abrijani Pangerapan dalam sidang media.

Semuel, Ketua Pengarah Kominfo mengakui dia juga bermain 'game' golf apabila berkelapangan. Justeru, beliau memahami perasaan 'gamer' yang terkesan akibat sekatan kerajaan. Namun, menteri itu bertegas peraturan masih perlu dilaksanakan agar tidak dilihat sebagai tidak berprinsip.

PayPal waktu ini diberi kelonggaran kerajaan untuk diakses buat sementara waktu untuk membenarkan pengguna memindahkan wang,

Selain meminta maaf, Kominfo berkata sesetengah platform ini masih disekat kerana mereka sedang berusaha ke arah pendaftaran sebagai PSE.

Sumber: Detik, tvOneNews