Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Indonesia Sekat Steam, PayPal, Yahoo! Dan Beberapa Platform

Indonesia Sekat Steam, PayPal, Yahoo! Dan Beberapa Platform

Diterbitkan Julai 30, 2022 · Dikemas kini Julai 30, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Indonesia beberapa jam lalu telah mula menyekat akses terhadap Yahoo!, PayPal, Steam. Epic Games, Dota, Counter-Strike, Epic Games and Origin.com dan Xandr.com.

Mengapa? Ini kerana syarikat-syarikat tersebut tidak patuh dengan arahan kerajaan untuk mendaftar sebagai PSE dengan kementerian di sana.

Status PSE (Penyelenggara Sistem Elektronik) mengiktiraf yang perkhidmatan atau syarikat tersebut beroperasi secara sah di negara itu.

Ia diwajibkan pada kesemua perkhidmatan yang beroperasi secara dalam talian termasuklah Facebook, Spotify, Zoom, WhatsApp, Twitter, Instagram, Netflix dan lain-lain.

Peraturan PSE ini membolehkan kerajaan mempunyai kawalan terhadap syarikat-syarikat tersebut.

Contohnya, platform perlu mengikut arahan kerajaan untuk menurunkan kiriman yang dirasakan berbahaya pada pengguna atau negara.

Terdahulu, WhatsApp, Netflix dan beberapa lain dilaporkan bakal disekat namun telah berdaftar sebagai PSE pada waktu-waktu akhir.

Sumber: Jakarta Post

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY