Berbaki 2 Hari, Indonesia Akan Sekat WhatsApp, Instagram, Netflix Jika Tidak Berdaftar

Facebook, Instagram, WhatsApp, YouTube, Netflix antara yang akan disekat jika mereka tidak berdaftar dengan kerajaan Indonesia selewat-lewatnya 20 Julai ini.

Indonesia melalui Kementerian Komunikasi dan Informatika (Kominfo) telah menetapkan bahawa semua syarikat yang sediakan perkhidmatan dalam talian perlu berdaftar sebagai PSE sebelum 21 Julai 2022.

Gagal berbuat demikian, syarikat akan disekat daripada diakses pengguna seluruh negara.

Syarikat-syarikat ini diarahkan kerajaan Indonesia untuk mendaftar di sebagai PSE (Penyelenggara Sistem Elektronik).

PSE terbahagi pada dua, awam dan swasta. Ia diwajibkan ke atas semua syarikat teknologi tempatan dan antarabangsa.

Google, Facebook, YouTube misalnya tertakluk di bawah PSE Privat (swasta).

Ringkasnya, PSE ialah mana-mana pihak yang menjalankan sistem elektronik atau berkaitan internet baik laman web mahupun aplikasi.
"PSE merupakan orang, penyelenggara negara, badan usaha, dan masyarakat yang menyediakan, mengelola, dan/atau mengoperasikan sistem elektronik secara sendiri-sendiri maupun bersama-sama kepada pengguna sistem elektronik untuk keperluan dirinya dan/atau keperluan pihak lain," menurut CNN.

Dengan pendaftaran itu, bermakna kerajaan dapat melaksanakan pengawasan dan mengambil tindakan undang-undang bagi melindungi pengguna.

Ada 6 syarat wajib yang menyebabkan sesebuah syarikat perlu berdaftar.

Kapsyen: Sumber: CNN Indonesia


Syarikat akan dianggap beroperasi secara haram jika tidak berdaftar sebelum 21 Julai ini.

Antara syarikat yang sudah berdaftar sebagai PSE ialah Gojek, Traveloka, Tokopedia, Ovo, TikTok, Resso, Spotify, Capcut, Helo, Dailymotion, Mi Chat dan Linktree.

Google pula mengatakan mereka akan mematuhi undang-undang tersebut.

Biasanya, sesebuah negara mewajibkannya untuk mempunyai kuasa atau pengaruh yang lebih besar dan sah di sisi undang-undang terhadap syarikat-syarikat teknologi ini terutamanya media sosial.

Pun begitu, sebuah petisyen dianjuran Southeast Asia Freedom of Expression Network (SAFEnet) menolak PSE ini telah ditandatangani lebih 3,000 dalam sehari.

Sumber: CNN Indonesia