Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Menteri Beri Amaran, Stesen TV Perlu Ikut Garis Panduan Kandungan Yang Disiar

Menteri Beri Amaran, Stesen TV Perlu Ikut Garis Panduan Kandungan Yang Disiar

Diterbitkan Mac 21, 2022 oleh Firdaus

Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa telah menyuarakan pendirian beliau tentang hak Stesen Televisyen menapis kandungan siaran mereka kepada pengguna. Melalui ciapan di akaun Twitter beliau, hak tersebut akan ditarik balik sekiranya mereka menyiarkan kandungan yang sensitif dan tidak sopan.

Kemudahan dan penurunan kuasa kpd Station TV membuat penapisan sendiri terhadap content siaran,akan di tarik balek sekiranya mereka menunjukkan sikap tidak sensitif kpd ajaran Agama,nilai Budaya dan Bahasa yg menjadi teras perlembagaan negara.

— Annuar Musa (@AnnuarMusa) March 19, 2022

Ciapan ini merupakan tindak balas beliau akan kontroversi yang berlaku dalam industri hiburan tanah air. Kontroversi tersebut berkemungkinan besar merujuk kepada video acah drama yang memaparkan babak mesra yang sangat keterlaluan antara 2 pelakon utama dalam drama itu.

Selama ini, Stesen TV diberi hak dan kebebasan untuk menyiarkan kandungan mereka selama mana kandungan tersebut mengikut garis panduan yang telah ditentukan. Namun begitu, dek kerana satu video acah akan drama yang bakal dilancarkan nanti telah menjejaskan kredibiliti industri hiburan.

Tan Sri Annuar Musa menegaskan bahawa ajaran agama, bahasa dan budaya merupakan asas kepada perlembagaan negara. Sebarang kandungan yang menyentuh sensitiviti perkara tersebut adalah perkara yang tidak patut dan tak sepatutnya dibangunkan dalam industri hiburan ini.

Sama-samalah kita mengingati batas kita sebagai manusia dan menjaga hal-hal sensitif seperti ini biarpun ia hanya sekadar lakonan.

Sumber: Annuar Musa

Baca juga:

  • Pakej Perantisiswa – Mungkin Tablet Jenama Ini Yang Diberikan
  • Dianggap ‘Scam’, Pengguna Facebook Bengang Dengan Ciri Baharu Facebook
  • Tak Perlu Jadi Pempengaruh, Hanya Kemas Kini MySejahtera Anda Untuk Dapat Status ‘Verified’

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY