Mengejutkan, Kuo Dakwa iPhone SE 2022 Masih Guna Storan 64GB

Tempoh hari, kami telah berkongsi ura-ura berkenaan iPhone SE ketiga yang dipercayai akan diperkenalkan dalam acara Apple yang akan dilangsungkan dalam masa 33 jam dari waktu artikel ini ditulis.

Terkini, pengalisis terkenal Ming Chi Kuo di laman Twitternya mendedahkan beberapa perkara tentang model terbaharu iPhone SE ini.

Beliau menjangkakan iPhone SE 2022 ini akan datang dengan 3 jenis storan iaitu 64GB, 128GB dan 256GB. Ia suatu perkara yang mengejutkan banyak pihak untuk sebuah telefon dilancarkan pada 2022 hadir dengan storan 64GB.

Selain itu, telefon ini juga akan menyokong 5G termasuk jalur mmWave dan Sub-6. Untuk warnanya pula, sekurang-kurangnya tiga rona disediakan iaitu putih, hitam dan merah.

https://twitter.com/mingchikuo/status/1499721483907907586?s=20&t=_Us9_cEeFtWIMNL_m6hqxQ

Paling utama, reka bentuknya yang masih mengekalkan rekaan SE 2o20. Ini bermakna rekaan dengan dagu dan dahi yang luas yang dikatakan lapuk oleh sesetengah pihak masih akan digunakan Apple dalam tahun 2022.

Dalam pada itu, Ming juga mengatakan iPhone SE terbaru ini akan mula dikilangkan bermula bulan ini dan dijangka dijual sehingga 30 juta unit dalam tahun ini sahaja.

Mungkin masih ramai peminat rekaan 'klasik' tersebut dan menyebabkan Apple kekal dengan reka bentuk itu. Apakah anda berminat untuk mendapatkan sebuah iPhone dengan spesifikasi terkini bersama rekaan tanpa skrin penuh?

Baca juga: