Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jika TM Gagal Kembalikan Sambungan Unifi Dalam 24 Jam, Pengguna Dapat Rebat RM50

Menara TM Diiklan Untuk Dijual, TM Nafi Terlibat

Diterbitkan Februari 9, 2022 · Dikemas kini Februari 11, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Akhbar bahasa Inggeris, StarBiz hari ini menyiarkan sebuah iklan yang menunjukkan Menara TM di Kuala Lumpur akan dijual dan ejen bertanggungjawab sedia menerima tawaran daripada mana-mana pihak yang berminat.

Iklan tanpa harga tersebut turut menyatakan tarikh akhir untuk peringkat pertama jualan ialah pada 12 tengah hari 18 Mac 2022.

“Top 10 tallest buildings in Malaysia” jelas terpampang pada iklan tersebut bersama label “For Sale”.

menara tm dijual
Sumber: @_fabulistjiwa di Twitter

Menara TM ini siap dibina pada 2001 dan dirasmikan pada 11 Februari 2003 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menara ini tidak lagi dimiliki TM kerana mereka telah menjualnya pada 2008 dan kini menduduki bangunan itu melalui sewaan.

Menara yang menjadi milik Menara ABS Berhad ini terletak di koridor KL Sentral-Bangsar dan mempunyai sehingga 55 tingkat bersama helipad di atasnya.

TM juga mengesahkan bahawa mereka kini dalam proses memindahkan sebahagian besar pejabat korporat mereka ke premis yang lain termasuk TM Annexe 1, TM Annexe 2 dan Cyberjaya.

Baca juga:

  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar
  • TM Akan Ganti Secara Percuma Peralatan unifi Yang Rosak Akibat Banjir
  • Tukar Kad Debit Maybank Dengan Pantas? Ini Senarai Cawangan Yang Ada Kiosk Layan Diri

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY