Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pencawang Telefon Selular Akan Ditambah Lebih Banyak Khususnya Di Kota Tinggi

Menara Telekomunikasi Terbakar, Perkhidmatan Celcom Dan Maxis Di Telupid Perlu Sedikit Masa Lagi Untuk Pulih

Diterbitkan April 10, 2022 · Dikemas kini April 10, 2022 oleh ariff bukhari

Berkaitan perkembangan insiden menara telekomunikasi di daerah Telupid, Sabah yang terbakar pada 25 Mac 2022 yang lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan mereka bersama pihak penyedia perkhidmatan sedang berusaha untuk membaik pulih menara tersebut secara berperingkat.

MCMC menyatakan buat masa ini, perkhidmatan rangkaian DIGI di kawasan berhampiran Pekan Telupid telah pun pulih dan beroperasi seperti biasa.MCMC menyatakan buat masa ini, perkhidmatan rangkaian DIGI di kawasan berhampiran Pekan Telupid telah pun pulih dan beroperasi seperti biasa.

Walaubagaimanapun  bagi perkhidmatan Celcom dan Maxis pula dijangka hanya akan pulih dan beroperasi dalam tempoh dua minggu lagi.

Sebelum ini tular mengenai kisah seorang pelajar semester enam yang terpaksa memandu sejauh 10km hingga 15km demi mencari liputan Internet dan belajar dalam bonet kereta selepas kejadian menara telekomunikasi di daerah itu.

Sehubungan itu, MCMC mengsyorkan penduduk setempat untuk mengunjungi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) yang berada di Pekan Telupid untuk mendapatkan liputan internet yang lebih selamat dan selesa sementara kerja baik pulih menara yang terjejas itu selesai.

Sumber: MCMC

Baca juga:

  • Penyelidik Dakwa 4 Aplikasi Popular Berkaitan Solat Dan Al-Quran Ini Mengumpul Data Pengguna Android
  • Buang Segera 7 Aplikasi Android Ini, Sharkbot Kembali Serang Play Store
  • Data Perbankan Pengguna Android Di Malaysia Jadi Sasaran, Penggodam Wujudkan Platform Servis Palsu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY