Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Menara Telekomunikasi Tumbang Di Dalam Kawasan Surau Akibat Ribut

Menara Telekomunikasi Tumbang Di Dalam Kawasan Surau Akibat Ribut

Diterbitkan Februari 22, 2022 · Dikemas kini Februari 22, 2022 oleh ariff bukhari

Kejadian ribut yang melanda Taman Botani, Simpang Pulai, Perak baru-baru ini telah menumbangkan sebuah menara telekomunikasi setinggi 30 meter yang terletak di dalam Surau Sri Palma taman tersebut.

Ekoran insiden itu, wakil-wakil dari pihak berwajib meliputi Digital Perak Corporation Holdings, Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), pemilik menara tersebut iaitu Prosontech Sdn. Bhd. (Prosontech) serta penyedia perkhidmatan Digi Telecommunications Sdn. Bhd. (Digi) telah ke lokasi kejadian bagi meninjau runtuhan menara telekomunikasi itu.

Pihak berwajib juga meneliti dan mengkaji kaedah penyelesaian segera di kawasan-kawasan tersebut bagi memastikan penduduk-penduduk dapat menikmati kualiti dan liputan baik secara berterusan.

Buat masa ini, pihak Digital Perak menyatakan penyelesaian sementara menunggu menara komunikasi dibaik pulih adalah dengan menggunakan Portable Base Transceiver Station (PBTS), iaitu stesen pangkalan mudah alih yang digunakan untuk menyediakan liputan rangkaian selular sementara yang boleh digunakan dalam situasi kecemasan di mana menara sedia ada rosak akibat bencana alam.

Pihak Prosontech akan mula menggantikan struktur-struktur yang runtuh tersebut dengan kadar segera selepas mengemukakan pelan perancangan serta rekabentuk menara yang baharu.

Sumber: Digital Perak

Baca juga:

  • Penduduk Desak Kerajaan Negeri Alihkan Menara Telekomunikasi
  • Lebih Seribu Stesen Pemancar Di Kedah Terima Naik Taraf 4G
  • Lagi 3 Tahun, 80% Kawasan Di Malaysia Akan Ada 5G

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY