Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
13 Menara Komunikasi Baharu Telah Beroperasi Di 4 Daerah Di Negeri Johor

Menara Komunikasi Di (KOA) Ber Bakal Siap Tahun Depan

Diterbitkan Jun 13, 2023 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan bahawa permohonan membina menara komunikasi berhampiran dengan Kampung Orang Asli (KOA) Ber, Pos Tuel di Gua Musang, Kelantan telah dihantar oleh penyedia perkhidmatan pada suku pertama 2023.

Pembinaan menara komunikasi itu adalah untuk penyelesaian jangka panjang capaian Internet mudah alih dinaik taraf demi kegunaan penduduk di sana.

Sebelum ini, langkah penyelesaian sementara iaitu penambahan capaian Internet di bawah inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1 telah dilakukan menerusi perkhidmatan jalur lebar Wifi melalui satelit (BWA) di KOA Ber dan telah mula beroperasi pada akhir suku pertama tahun 2022.

Hasilnya penduduk setempat di KOA Ber telah menikmati capaian Internet secara percuma dengan had kuota penggunaan pengunaan 3GB seminggu dengan kelajuan 35 Mbps.

MCMC menyatakan pihak mereka akan sentiasa memantau pelaksanaan kerja-kerja pembinaan menara komunikasi berhampiran dengan KOA Ber bagi memastikan ianya dapat disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan demi keselesaan penduduk.

Menara itu dijangka siap dan beroperasi pada suku pertama 2024.

Berkaitan

  • MRANTI Lancarkan 5G Experience Centre, Jemput Pihak Berminat Guna Prasarananya
  • Cara Kira Merit SPM 2022 Dengan Kalkulator Merit Baharu Di Aplikasi UPUPocket 2.0
  • Mendadak, Netflix AS Catat Peningkatan Pengguna Selepas Terhadkan Perkongsian Akaun

Sumber: Siaran Media MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • UKM Perkenal Teknologi Implan Suara Boleh Laras Pertama Di Asia Tenggara
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • RAM PC Sepatutnya Berada Di Dalam Pusat Data AI - Sam Altman
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
  • Jepun Guna Permainan Telefon Pintar Untuk Bantu Periksa Tiang Utiliti
  • Windows 11 Kini Lebih Responsif Pada PC RAM 8GB, 'Multitasking' Sehingga 40% Lebih Pantas
©2026 WISER.MY