Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kalkulator merit

Cara Kira Merit SPM 2022 Dengan Kalkulator Merit Baharu Di Aplikasi UPUPocket 2.0

Diterbitkan Jun 12, 2023 · Dikemas kini Jun 12, 2023 oleh ariff bukhari

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2022 telah pun diterima oleh para pelajar yang mengambil peperiksaan tersebut.

Jadi sudah tentu ramai dikalangan para pelajar lepasan SPM ini merancang untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi sama ada peringkat diploma atau ijazah sarjana muda di kolej dan universiti-universiti yang ada menawarkan pelbagai program pengajian yang bersesuaian untuk mereka.

Walau bagaimanapun, adalah lebih baik untuk para pelajar menyemak terlebih dahulu merit mereka sebelum memilih program pengajian yang diingini di pusat pengajian tinggi.

Ini kerana, kejayaan calon lepasan SPM untuk memperoleh tempat pengajian adalah bergantung kepada susunan merit dan pemilihan program pendidikan di universiti awam yang dipohon.

Jadi untuk pengiraan merit ini, pelajar boleh melakukannya dengan menggunakan Kalkulator Merit yang tersedia di laman sesawang UPUOnline atau dari Aplikasi UPUPocket yang boleh dimuat turun di Google Play Store, Apple App Store & Huawei App Gallery.

Berikut adalah cara menggunakan kalkulator Merit yang baharu di aplikasi UPUPocket 2.0 sepertimana yang dikongsikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) hari ini.

kalkulator merit
kalkulator merit
kalkulator merit

UPUPocket ialah aplikasi yang dibangunkan bagi calon/pemohon untuk membuat semakan permohonan, tarikh-tarikh penting, dan semakan rayuan hanya melalui telefon pintar.

Untuk makluman anda juga, tarikh tutup UPUOnline kini dianjak sehingga 13 Jun 2023. Permohonan boleh dibuat melalui portal https://online.mohe.gov.my/UPUOnlinev2/login

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Mahu Lanjutkan Tempoh Sah Nombor Hingga 365 Hari? Ini Harganya
  • Pendaftaran Dan Pengambilan Bekalan Ubat Susulan Pesakit Kini Lebih Mudah Melalui "MyUBAT"
  • MRANTI Lancarkan 5G Experience Centre, Jemput Pihak Berminat Guna Prasarananya

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY