Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
menara pencawang telco

Menara 4G Dibina Di Pekan Pantu Telah Siap, Disasarkan Beroperasi Sebelum Hujung Tahun Ini

Diterbitkan Februari 2, 2023 ยท Dikemas kini Februari 2, 2023 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan, pembinaan struktur menara komunikasi yang terletak 4.5 km dari Pekan Pantu, Sarawak telah pun siap.

Menara telekomunikasi di bawah projek pembinaan kendalian Kerajaan Negeri Sarawak menerusi Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) itu disasarkan untuk beroperasi dengan perkhidmatan 4G sebelum penghujung tahun ini.

SDEC merupakan sebuah syarikat kerajaan negeri Sarawak (GLC) yang bertanggungjawab melaksanakan projek pembangunan menara telekomunikasi dan dibiayai kerajaan Sarawak.

MCMC menyatakan, pihak mereka telah melaksanakan fasilitisasi bagi memudahcara proses rundingan antara SDEC dengan pihak penyedia perkhidmatan seperti CelcomDigi, Maxis dan U Mobile bagi penyediaan kemudahan perkhidmatan talian mudah alih 4G di menara tersebut.

MCMC juag memaklumkan, pihak SDEC sedang melaksanakan pemasangan peralatan perkhidmatan Wi-Fi di bawah inisiatif Sarawak Rural Broadband Network (MySRBN) di menara tersebut bagi membolehkan penyediaan perkhidmatan Wi-Fi untuk komuniti sekitar Kampung Semawa, Pantu, Sarawak.

Penyediaan kemudahan Wi-Fi tersebut dijangka siap sepenuhnya sebelum hujung Mac 2023.

Berkaitan

  • Rasmi, Ini Tentang Samsung Galaxy S23, S23+, S23 Ultra Yang Anda Harus Tahu
  • Kononnya Menjana Duit, Lebih 20 Juta Pengguna Android Terpedaya Dengan 4 Aplikasi Ini
  • Google Hanya Akan Bertahan 2 Tahun Saja Lagi Kerana ChatGPT

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY