Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
phone marah

MCMC Sedang Jalankan Kajian Kualiti Pengalaman Jalur Lebar 2023

Diterbitkan Julai 25, 2023 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan bahawa pihak mereka sedang menjalankan soal selidik Kajian Kualiti Pengalaman Jalur Lebar 2023 (BQoES 2023).

Kajian itu dilaksanakan bagi mengumpul data berkaitan kualiti pengalaman pengguna terhadap perkhidmatan jalur lebar di Malaysia.

Soal selidik ini sudah pun bermula dari 15 Julai dan akan berakhir pada 31 Disember 2023. Bagi memenuhi keperluan kajian, soal selidik  dijalankan melalui kaedah dalam talian.

Anda tidak perlu risau dengan privasi kerana MCMC menyatakan, data yang dikumpulkan melalui platform dalam talian ini menggunakan teknologi penyulitan SSL, disimpan dalam pangkalan data tempatan yang dilindungi kata laluan dan alamat IP tidak disimpan.

Tetapi anda tetap disarankan untuk membersihkan cache dan sejarah pengimbas komputer untuk melindungi privasi anda setelah menjawab soal selidik tersebut.

Juga dimaklumkan bahawa tujuan soal selidik ini adalah untuk pengumpulan data sahaja. Tiada sebarang data peribadi akan dikutip seperti nama penuh, kad kredit/debit atau maklumat bank bagi soal selidik ini.

Tiada wang akan dikutip mahupun sebarang urusan jualan dilakukan. Penyertaan adalah secara sukarela.

Jadi, jika anda berumur berumur 15 tahun dan ke atas di Malaysia serta pengguna jalur lebar, anda dijemput menjawab soal selidik dalam talian menerusi pautan ini –  Broadband Quality of Experience Survey 2023 (skmm.gov.my).

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Starlink Kini Tersedia Di Malaysia, Ini Harga Yang Perlu Dibayar
  • 6 Minuman Tealive Ini Hanya RM6 Sahaja Sempena Pilihan Raya Negeri

Sumber : MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY