Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC MElaka

MCMC Pilih Pasar Malam Taman Seri Duyong Untuk Projek Rintis ‘Cashless Melaka’

Diterbitkan Ogos 9, 2023 ยท Dikemas kini Ogos 9, 2023 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengumumkan Pasar Malam Taman Seri Duyong sebagai lokasi Projek Rintis Program Cashless Melaka.

Pasar malam yang mempunyai kira-kira 120 peniaga ini turut terpilih bagi Program Transformasi Pasar Malam (PTPM) Bandaraya Melaka.

Sehubungan itu, para peniaga yang berniaga di tapak pasar malam itu digalakkan mendaftar perniagaan mereka dengan penyedia perkhidmatan kewangan bagi menikmati insentif serta pelbagai tawaran istimewa yang disediakan di bawah program Cashless Melaka.

Program Cashless Melaka bertujuan mempertingkatkan penggunaan tanpa tunai dalam kalangan peniaga dan pembeli selaras dengan aspirasi negeri Melaka untuk menjadi negeri pintar sebagaimana digariskan dalam Smart Melaka Blueprint 2035.

MCMC telah menjalin kerjasama dengan penyedia perkhidmatan kewangan dan platform digital termasuk TnG, Maybank MAE, Boost dan Foodpanda untuk menjayakan program ini.

MCMC turut menyediakan insentif dalam bentuk cashback kepada pengguna yang berbelanja dengan menggunakan aplikasi e-dompet daripada penyedia perkhidmatan kewangan yang terlibat.

Selain itu, sepanjang implementasi projek rintis ini, soal selidik juga dijalankan bagi menentukan tahap penerimaan pembayaran tanpa tunai dalam kalangan peniaga dan pembeli dalam sektor peruncitan.

Acara kemuncak bagi program Cashless Melaka ini adalah Karnival Cashless yang dijangka akan diadakan pada bulan Oktober 2023 di Melaka International Trade Centre (MITC) bersempena Persidangan Kebangsaan Melaka Pintar 2023 (SMIX 2023).

Berkaitan

  • U Mobile Dan 'Telco' Lain Akan Lancar Pakej 5G Rahmah Pada 31 Ogos 2023
  • WhatsApp Perkenal Ciri Baharu Untuk Panggilan Video
  • Buang Segera 43 Aplikasi Android Dipasang Oleh Lebih 2.5 Juta Pengguna

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY