Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
malware android

Buang Segera 43 Aplikasi Android Dipasang Oleh Lebih 2.5 Juta Pengguna

Diterbitkan Ogos 9, 2023 · Dikemas kini Ogos 9, 2023 oleh ariff bukhari

Pasukan Penyelidikan Mudah Alih McAfee menemui sejumlah 43 aplikasi Android berniat jahat yang sudah dipasang oleh lebih 2.5 juta pengguna. Aplikasi-aplikasi berniat jahat itu didapati secara rahsia akan memaparkan iklan semasa skrin telefon dimatikan dan apabila peranti kehabisan bateri.

Hampir semua aplikasi itu adalah terdiri daripada aplikasi penstriman media dan berita, yang menyasarkan pengguna Korea. Walau bagaimanapun, taktik memperdaya yang sama boleh digunakan dengan mudah pada kategori aplikasi lain dan demografi pengguna yang lebih pelbagai.

Buang Segera 43 Aplikasi Android Dipasang Oleh Lebih 2.5 Juta Pengguna

Laporan McAfee mengatakan perisian iklan telah disembunyikan dalam aplikasi yang ditawar dalam Google Play store yang menyamar sebagai aplikasi TV/DMB Player, Muat Turun Muzik, Berita dan aplikasi Kalendar.

Walaupun aplikasi ini dianggap sebagai perisian iklan, ia masih menimbulkan risiko kepada pengguna kerana ia membuka pintu kepada potensi risiko pemprofilan pengguna, hayat bateri peranti, menggunakan data internet yang ketara dan melakukan penipuan terhadap pengiklan.

Setelah dipasang pada peranti, aplikasi perisian iklan menunggu beberapa minggu sebelum mengaktifkan aktiviti penipuan iklan mereka untuk memperdaya pengguna dan mengelak pengesanan oleh penyemak Google.

Screenshot 2023-08-09 at 8.25.00 AM
Senarai 43 aplikasi berniat jahat yang ditemui oleh penyelidik McAfee dalam laporan mereka.
Screenshot 2023-08-09 at 8.25.39 AM
Screenshot 2023-08-09 at 8.26.32 AM
Screenshot 2023-08-09 at 8.26.47 AM

Tidak sekadar itu, McAfee berkata konfigurasi perisian iklan boleh diubah suai dari jauh dan dikemas kini melalui Firebase Storage atau Messaging yang memudahkan pengendalinya melaraskan tempoh aktif dan parameter lain.

McAfee menyatakan bahawa bahawa pengguna mungkin dapat melihat sekilas iklan yang dimuatkan apabila mereka menghidupkan skrin peranti sebelum ia ditutup secara automatik.

Ekoran penemuan itu, penyelidik McAfee telah melaporkannya kepada pihak Google kerana ia melanggar dasar Google Play Store. Pihak Google telah bertindak dengan mengalih keluar kesemua aplikasi tersebut dari stor mereka.

Berkaitan

  • Kami Cuba Isi Minyak Dengan Aplikasi Shell Asia, Ini Hasilnya
  • Cara Matikan Notifikasi Promosi Daripada MAE
  • WhatsApp Perkenal Ciri Baharu Untuk Panggilan Video

Sumber: McAfee

(Lindungi peranti anda dengan dapatkan barisan produk Kaspersky baharu di Lazada dan Shopee sekarang.)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY