Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC_X Grok

MCMC Pertimbang Saman Platform X – Fahmi

Diterbitkan Januari 13, 2026 ยท Dikemas kini Januari 13, 2026 oleh Amalina Athman

Kemas kini: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini memaklumkan pihaknya dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap X Corp dan xAI.

Menurut MCMC, peguam cara telah dilantik dan prosiding undang-undang akan dimulakan dalam masa terdekat.

KENYATAAN MEDIA

MCMC AMBIL TINDAKAN PERUNDANGAN TERHADAP X BERKAIT KESELAMATAN PENGGUNA#MCMC

MEDIA STATEMENT

MCMC TO TAKE LEGAL ACTION AGAINST X OVER USER SAFETY#MCMC pic.twitter.com/MwLnFH0Een

— MCMC (@MCMC_RASMI) January 13, 2026


Artikel asal: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang meneliti tindakan perundangan terhadap platform X susulan kegagalan kecerdasan buatan (AI) Grok mematuhi undang-undang Malaysia yang berkaitan keselamatan dalam talian.

Memetik laporan Bernama, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata langkah itu dipertimbangkan selepas maklum balas yang diterima MCMC daripada pihak X didapati tidak memadai dan bersifat proforma (sekadar mengikut tata cara yang berlaku).

“Jadi selepas saya menerima laporan daripada MCMC, saya telah mengarahkan supaya sekatan sementara dikenakan terhadap Grok dan tindakan undang-undang turut dipertimbangkan,” katanya.

Fahmi menjelaskan sekatan itu tidak melibatkan keseluruhan platform X, sebaliknya tertumpu pada aplikasi Grok yang didapati tidak mempunyai langkah keselamatan mencukupi bagi mengawal penjanaan kandungan oleh AI.

Tempoh sekatan Grok bergantung sepenuhnya kepada tahap pematuhan pihak X terhadap undang-undang negara.

Malaysia bukan satu-satunya negara yang mengambil langkah tegas terhadap Grok. Indonesia juga telah menyekat aplikasi itu, manakala United Kingdom sedang meneliti isu sama. Tiga senator Amerika Syarikat turut menggesa Apple dan Google supaya mengalih keluar X dan Grok daripada gedung aplikasi.

Berkaitan

  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • Pelaksanaan eKYC Untuk Akaun Media Sosial Dijangka Akhir Suku Kedua 2026 - Fahmi
  • Grox Di X Manipulasi Imej Tanpa Kebenaran, MCMC Akan Panggil Wakil Platform
  • X Gagal Laksana Langkah Perlindungan, MCMC Sekat Sementara Akses Grok

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
©2026 WISER.MY