Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Digital Nasional Berhad

Pelancaran 5G Negara Akan Dilancarkan Setahun Lebih Awal Daripada Rancangan Asal

Diterbitkan September 29, 2021 oleh ariff bukhari

Dalam pengumuman Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini, beliau ada menyentuh mengenai penyediaan akses bermutu tinggi dan menyeluruh kepada infrastruktur digital sebagai usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berteknologi tinggi, berpendapatan tinggi dan mempunyai kualiti hidup yang lebih baik.

Menerusi Pelan Jalinan Digital Negara atau JENDELA yang bertujuan meningkatkan liputan dan kualiti perkhidmatan jalur lebar 4G di seluruh negara, ia telah mempercepatkan pelancaran 5G pada penghujung tahun 2021 iaitu setahun lebih awal daripada rancangan asal untuk menyokong penghantaran data pantas.

Rangkaian 4G telah dimantapkan dengan penamatan rangkaian 3G secara berperingkat sehingga akhir tahun 2021 agar spektrumnya dapat dimanfaatkan oleh khidmat rangkaian 4G.

SKMM turut memaklumkan, 12 Internet Exchange Point (IXP) yang sedia ada akan ditambah kepada 66 pada tahun 2025.

IXP memastikan pertukaran trafik Internet antara penyedia perkhidmatan lancar dan rangkaian penghantaran kandungan menjadi lebih pantas, mengurangkan keperluan transit huluan data (upstream data), lantas mengurangkan kos hantaran.

Sebelum ini telah dilaporkan, pengguna terawal yang bakal menikmati jalur lebar mudah alih 5G yang akan dikomersilkan pada lewat tahun ini adalah pengguna di Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur.

Sumber: SKMM

Baca juga:

  • Pengguna Di 3 Lokasi Ini Bakal Menjadi Yang Terawal Menikmati Rangkaian 5G Menjelang Akhir Tahun Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY