Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Maxis IPG MoU Signing – Photo 2

Maxis Dipilih Tawar Perkhidmatan Internet Kepada 12,000 Kediaman Serta Pembangunan Komersial Di Pulau Pinang

Diterbitkan April 10, 2023 · Dikemas kini April 10, 2023 oleh ariff bukhari

Maxis telah dipilih Ideal Property Group sebagai syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang akan membawakan pengalaman internet unggul dan tawaran fiber menarik kepada 12,000 kediaman serta pembangunan komersial utama di Pulau Pinang.

Antara peranan Maxis dalam perjanjian itu termasuklah mereka bentuk, membekal dan memasang infrastruktur telekomunikasi untuk perkhidmatan tetap dalam 12 projek komersial serta kediaman yang terdiri daripada 12,000 premis perniagaan dan kediaman.

Ia meliputi Taman Teknologi Pulau Pinang@Bertam dan Penang International Exchange 1 &2 di mana dijangka akan membawa masuk pelabur berpotensi untuk industri seperti semikonduktor, peranti perubataan, aeroangkasa dan lain-lain.

Maxis memaklumkan setakat FY2022, mereka telah menyambungkan 669 ribu rumah dan telah memperluaskan sambungan akses fiber mereka melalui pelancaran ke kawasan yang kurang mendapat perkhidmatan.

Maxis juga membina rangkaian fiber untuk perusahaan dan menawarkan pelbagai penyelesaian kesalinghubungan fiber perniagaan bagi pengalaman yang konvergen. Melalui pelan fiberisasinya, Maxis juga akan membolehkan kemungkinan masa depan untuk aplikasi penyelesaian pintar merentasi pelbagai industri.

Berkaitan

  • 7 Sebab Telefon Ini Patut Jadi Telefon Raya Anda
  • Cepat Sambar 3 'Game' Bernilai RM185 Ini Sekaligus Secara Percuma Sebelum Tawaran Tamat
  • CEO Xiaomi Dilaporkan Sedar Jualan Telefon Pintar Mereka Semakin Merudum
  • Singapura Antara 19 Bandar Miliki Sistem Pengangkutan Awam Terbaik Di Dunia

Sumber: Media Maxis

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY