Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Maxis dan sooka Tawar Pelan Telefon Dan Penstriman Video Pada Harga Lebih Jimat

Posted on Januari 14, 2022

Kini, Maxis dan sooka telah bekerjasama untuk memberikan pengguna merasai pengalaman menonton siaran langsung sukan tanpa gangguan dimana-mana sahaja.

sooka akan menawarkan pelbagai siaran sukan seperti Premuer League, BWF Badminton World Championships, Formula 1 Championships, MotoGP dan banyak lagi. Selain itu, sooka juga menawarkan beberapa pilihan siri drama, filem premium tempatan, program siaran lansung hiburan realiti dan kandungan original dan eksklusif.

Menurut ketua pengguna Maxis, Arjun Varma, pelanggan boleh menikmati pengalaman yang optimum untuk menonton siaran langsung berkaitan sukan dan hiburan dimana-mana sahaja dan bila-bila masa. Pengguna juga boleh terus menerajui dunia digital selepas kami bekerja sama dengan sooka, tambahnya lagi.

Sejak dilancarkan pada bulan Jun 2021, sooka telah mempunyai seramai 2.54 juta penonton. Selepas berkerjasama dengan Maxis, pengguna akan mendapat lebih banyak kandungan yang menarik dalam usaha untuk mencapai tanda aras yang lebih baik, ulas Andy Peterson, Ketua sooka.

Sumber: Siaran akhbar Maxis

Baca juga:

  • Cara Semak Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
  • Beli Peranti Terpakai Lebih Yakin Dan Mudah Di e-Stor CompAsia Malaysia
  • KKMM Mahu Guna Satelit Untuk Tambah Baik Komunikasi Waktu Bencana

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress