Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bantuan Keluarga Malaysia

Cara Semak Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Diterbitkan Januari 14, 2022 oleh Amsyar Latif

Bermula awal tahun ini, anda boleh memohon dan membuat semakan sama ada anda layak atau tidak untuk menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Buat pengetahuan, terdapat tiga golongan yang layak menerima bantuan ini, iaitu:

  • isi rumah
  • bujang (warga emas)
  • bujang

Anda boleh klik pautan INI untuk mengetahui syarat kelayakan dan jumlah bantuan yang diterima. Tambahan lagi, permohonan baharu atau pengemaskinian maklumat adalah sehingga penghujung bulan ini sahaja (31 Januari 2022).

Oleh itu, ini adalah cara bagaimana untuk menyemak status permohonan anda.

Pertama sekali, pergi ke pautan https://bkm.hasil.gov.my dan klik log masuk BKM. Sekiranya anda tiada akaun lagi, boleh klik “Permohonan Baharu”.

BKM 1

Seterusnya, masukkan ID Pengguna/Nombor MyKad.

BKM 2

Pastikan kata kunci keselamatan anda adalah betul dan kemudian masukkan kata laluan.

BKM 3

Setelah anda berjaya masuk, klik pada “Semakan Status”.

BKM 4

Jika permohonan berjaya, ia akan memaparkan “Permohonan Diterima”.

BKM 5

Walau apa pun, bagi anda yang pernah menerima bantuan sebelum ini seperti BPN, BKR atau BKC, anda tidak perlu risau kerana sepatutnya anda layak menerima BKM ini.

Baca juga:

  • Jerman Kata Tiada Bukti Telefon Xiaomi Tapis Carian Pengguna

  • Lagi Cerita Tentang Google Pixel ‘Fold’

  • Asteroid Bersaiz Lebih 1 Kilometer Dijangka Akan Menghampiri Bumi Minggu Depan

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY