Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Beli Peranti Terpakai Lebih Yakin Dan Mudah Di e-Stor CompAsia Malaysia

Posted on Januari 14, 2022Januari 14, 2022

Jika anda mahu memiliki peranti pintar terpakai tetapi ragu-ragu dan kurang yakin dengan ketelusan platfom atas talian tersebut, apa kata anda melayari laman CompAsia Malaysia yang pasti diyakini anda.

Diplatfom e-stor ini, anda boleh membeli pelbagai peranti pintar terpakai dari pelbagai jenama dan model pada harga yang berpatutan.

Berbeza dengan platfom stor atas talian lain, CompAsia memberikan keyakinan anda membeli peranti-peranti pintar dengan rasa lebih terjamin selamat dan yakin dengan kualiti serta ketulenannya.

Pelbagai peranti pintar terpakai dari pelbagai jenama dan model selain daripada telefon pintar seperti jam pintar, tablet dan komputer riba juga turut boleh dibeli pada harga yang berpatutan di sini.

Ini kerana, CompAsia akan menyemak dahulu sesebuah peranti dengan sangat teliti menerusi 32 pemeriksaan kualiti yang ketat bagi memastikan peranti-peranti yang dijual di platfom mereka berada dalam keadaan terbaik.

Antara bahagian-bahagian peranti yang disemak keadaannya adalah seperti status bateri, kamera, pembesar suara, sensitiviti paparan dan mikrofon.

Tidak sekadar itu, bagi memberikan servis terbaik kepada pelanggannya, peranti-peranti yang dijual CompAsia tersedia dengan jaminan peranti selama sebulan dan diberikan juga pilihan untuk ditambah jaminan ke atas yang dibeli sehingga 12 bulan menerusi pelan InstaCover.

Jadi, isu kualiti peranti-peranti pintar yang dijual di platfom ini tidak perlu dipertikaikan lagi.

Platfom e-stor CompAsia bukanlah paltfom yang baru bertapak dalam industri. Ia telah pun bermula  sejak tahun 2012 lagi oleh Julius Lim, CEO CompAsia.

Menariknya lagi laman sesawang CompAsia ini adalah ia boleh dilayari dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Sekaligus ia mesra untuk dilayari oleh pelanggan-pelanggan di Malaysia.

Tidak cukup setakat itu, anda juga boleh membeli belah peranti-peranti dari CompAsia menerusi aplikasi mudah alih untuk telefon pintar.

Untuk membeli peranti seperti telefon pintar atau komputer riba juga, CompAsia menawarkan cara pembelian yang cukup mudah bagi membolehkan anda memiliki gadjet-gadjet idaman anda.

Sebagai contoh, tidak semua dari pelanggan mampu membayar penuh harga jualan sesebuah peranti.

Oleh itulah CompAsia sedia menawarkan servis BNPL iaitu program beli sekarang, bayar kemudian dengan 0% faedah untuk tempoh 4 bulan menerusi Grab PayLater. CompAsia juga menawarkan servis ansuran dengan pelbagai bank-bank utama di Malaysia melalui kad kredit.

Untuk pengetahuan anda juga, selain daripada membeli peranti di CompAsia, anda turut boleh menjual ataupun “trade-in” peranti pintar anda kepada pihak CompAsia melalui aplikasi InstaCash yang sedia ada di Apple Appstore dan Google Playstore.

Semuanya dilakukan dalam aplikasi InstaCash dan proses kutipan peranti juga akan diuruskan oleh pihak CompAsia sendiri.

Untuk info lebih lanjut tentang CompAsia, anda boleh layari terus ke laman sesawang rasmi mereka iaitu CompAsia Malaysia.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress