Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
13 Menara Komunikasi Baharu Telah Beroperasi Di 4 Daerah Di Negeri Johor

Masalah Liputan Internet Di Padang Besar Kini Diselesaikan

Diterbitkan Oktober 26, 2021 oleh Amsyar Latif

Sebelum ini, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengenal pasti bahawa masalah liputan internet yang dialami penduduk di Kampung Seri Kesinai, Padang Besar, Perlis berpunca daripada keadaan bentuk muka bumi dan pokok-pokok tinggi yang terdapat di kawasan tersebut.

Kini, masalah yang dialami mereka diselesaikan kerana kerja-kerja pengoptimuman dua menara komunikasi di kawasan itu sudah dimulakan dan dijangka siap pada 8 November 2021.

Dengan ini, rangkaian 3G di menara berdekatan di Kampung Baharu akan menjadi rangkaian 4G sepenuhnya dan dapat menampung data internet yang lebih tinggi.

Dalam pada itu, kerja pengoptimuman itu turut melibatkan penggunaan menara baharu yang telah siap bagi meningkatkan liputan ke Sungai Chuchuh Unicity.

Sumber: bernama

Baca juga:

  • Xperia Pro-I – Telefon Yang Hadir Dengan Sensor Kamera 1 inci

  • iOS 15.1, macOS Monterey, iPadOS 15.1 Dan watchOS 8.1 Sedia Dimuat Turun

  • Apple One Premier Hadir Ke Malaysia November Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY