Markah Penanda Aras Antutu Mi 9 Membayangkan Prestasi Yang Lebih Baik Dari Samsung Galaxy S10

Antara peranti yang hangat diperkatakan sejak minggu lalu adalah Xiaomi Mi 9.

Selain daripada perkongsian mengenai rekaan luaran serta spesifikasi, Naib Presiden Xiaomi, Wang Xiang turut berkongsi markah penanda aras dari platform Antutu bagi peranti Mi 9.

Mi 9 bakal dikuasakan dengan cip terbaru Qualcomm, Snapdragon 855 dan berjaya meraih markah 387,851.



Markah itu juga dilihat lebih tinggi berbanding markah tertiris yang diperolehi untuk model terbaru Samsung iaitu Galaxy S10 . Markah yang direkodkan S10 adalah 326,185.

Kapsyen: kredit foto: wccftech


Peranti pertama yang diumumkan dengan cip Snapdragon 855, Lenovo Z5 Pro GT pula disenaraikan dengan markah 368, 480.

Pelancaran Mi 9 secara global bakal dibuat pada 20 Februari ini sekitar acara MWC 2019.

Sumber: MySmartPrice