Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Marisilicon Y

MariSilicon Y Diperkenal, Cip Khusus Buat Penggemar Audio Hi-Res

Diterbitkan Disember 15, 2022 · Dikemas kini Disember 15, 2022 oleh Aziah Zulkifli

Sempena Oppo Inno Day yang diadakan pada tahun ini, Oppo telah memperkenalkan beberapa peranti pintar mereka yang unik.

Berkaitan

  • Satu Lagi Ciri Baharu Akan Diperkenal Untuk iOS, Mudahkan Panggilan Video Di WhatsApp
  • vivo X Flip Dilaporkan Akan Datang Dengan Snapdragon 8+ Gen 1
  • 8 Syarikat Terkemuka Jepun Dan IBM Bersatu Membangunkan Cip 2nm Termaju Di Dunia
  • KKD Ialah Singkatan Kementerian Komunikasi Dan Digital
  • KWSP Alami Gangguan Sementara Di Semua Cawangan, Beberapa Perkhidmatan Lain Turut Terjejas

Oppo memulakan pengenalan produk terbaru mereka dengan cip kedua yang telah diubah suai selepas MariSilicon X iaitu MariSilicon Y.

Cip MariSilicon Y bukannya pengganti bagi MariSilicon X, namun lebih kepada sistem audio Bluetooth yang terletak di dalam sebuah cip.

MariSilicon Y merupakan yang pertama untuk menggunakan teknologi proses N6RF yang lebih maju. Teknologi ini membenarkan hampir 50% peningkatan jalur lebar Bluetooth berbanding daripada SoC Bluetooth yang sedia ada.

Oppo menyatakan bahawa cip ini bakal melangkaui had yang biasanya ditetapkan oleh Bluetooth sebelum ini.

MariSilicon Y berkemampuan untuk mengeluarkan audio lossless setinggi 24-bit/192kHz. Menurut Oppo, ia merupakan kebolehan pertama yang ada di dalam industri tersebut.

Oppo masih belum lagi mendedahkan siri peranti seterusnya yang bakal menggunakan cip tersebut. Namun, ia berkemungkinan akan mula digunakan di dalam siri telefon pintar Find X6.

Sumber: NotebookCheck

Gambar Utama: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY