Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
8 Syarikat Terkemuka Jepun Dan IBM Bersatu Membangunkan Cip 2nm Termaju Di Dunia

8 Syarikat Terkemuka Jepun Dan IBM Bersatu Membangunkan Cip 2nm Termaju Di Dunia

Diterbitkan Disember 15, 2022 ยท Dikemas kini Disember 15, 2022 oleh ariff bukhari

Sebagai usaha untuk menghasilkan cip pemprosesan termaju di dunia, 8 syarikat Jepun iaitu Toyota, Sony, NTT, SoftBank, Kioxia, Denso, NEC dan MUFG Bank dilaporkan telah bersatu dengan melahirkan sebuah syarikat yang dikenali sebagai Rapidus.

Menerusi Rapidus mereka bekerjasama menyelidik, membangun, mereka bentuk dan mengeluarkan semikonduktor termaju di Jepun di mana ia mendapat sokongan dan subsidi sebanyak USD500 juta (RM2,198,751,500) daripada kerajaan Jepun.

Berkaitan

  • U Mobile Lancar Pelan Prabayar U40 - FUP 100GB, 'Hotspot' Tanpa Had, Sokong 5G
  • Samsung Mungkin Tidak Akan Guna Cip Exynos Lagi Pada Masa Depan
  • Boom Dah Ada Pembangun Enjin Jet Untuk Pesawat Komersil Terpantas Di Dunia

Kini IBM juga turut mengumumkan bahawa mereka menjalinkan kerjasama strategik bersama Rapidus bagi membina teknologi dan ekosistem semikonduktor termaju di Jepun.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian ini, Rapidus dan IBM akan membangunkan lagi teknologi nod 2 nanometer (nm) IBM untuk dilaksanakan oleh Rapidus di kilangnya di Jepun.

Pada 2021 lalu, IBM mengumumkan bahawa ia telah membangunkan cip nod 2 nm pertama di dunia, yang diunjurkan mencapai prestasi 45% lebih baik atau 75% lebih kecekapan tenaga berbanding cip 7 nm.

Sumber: IBM, The Japan Times

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY