Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Saintis Bangunkan Bateri Baru, Tawar 4 Kali Ganda Kapasiti Bateri Litium-Ion

Penyelidik Dakwa Ini Punca Sebenar Kuasa Bateri Telefon Pintar Habis Perlahan-Lahan

Diterbitkan Januari 31, 2023 · Dikemas kini Februari 10, 2023 oleh ariff bukhari

Sekumpulan penyelidik dari Universiti Dalhousie, Kanada mendakwa mereka kini tahu punca sebenar mengapa kapasiti kuasa bateri peranti-peranti pintar termasuklah telefon pintar, komputer riba dan tablet menurun dan habis.

Menjelaskan perkara ini, Micheal Metzger, penolong profesor di Universiti Dalhousie menerangkan, isunya adalah berpunca daripada penggunaan pita kecil yang mengikat komponen bateri yang dibuat daripada jenis plastik yang salah.

“”Ia sesuatu yang kami tidak pernah jangka kerana tiada siapa yang melihat komponen tidak aktif ini, pita dan kerajang plastik dalam sel bateri tetapi ia benar-benar perlu dipertimbangkan jika anda ingin mengehadkan tindak balas sampingan dalam sel bateri,” Michael Metzger.

Bateri membebaskan kuasa kerana tindak balas kimia. Di dalam setiap sel bateri, terdapat dua jenis logam. Satu bertindak sebagai elektrod positif dan satu sebagai elektrod negatif.

Elektrod ini dipegang dalam cecair elektrolit atau pes yang biasanya dalam bentuk litium.

Apabila kabel disambungkan ke setiap hujung bateri, elektron akan mengalir melalui kabel seterusnya memberikan kuasa kepada mentol lampu, komputer riba atau apa sahaja yang ada pada litar dan kembali semula ke bateri.

Cuma masalahnya bermula apabila elektron tersebut tidak mengikut kabel.

Apabila elektron bergerak dari satu bahagian bateri yang dicas ke bahagian yang lain melalui cecair elektrolit, ia dipanggil nyahcas sendiri.

Menyebabkan bateri habis secara dalaman perlahan-lahan walaupun tanpa menghantar sebarang arus elektrik.

Inilah sebabnya mengapa peranti yang dicas sepenuhnya boleh kehilangan casnya secara perlahan-lahan semasa ia dimatikan.

Ketika itulah mereka mendapati bahawa polyethylene terephthalate, atau PET dalam pita terurai sendiri dan mencipta molekul yang membawa kepada pelepasan tenaga.

Molekul itu dipanggil ulang-alik redoks kerana ia boleh bergerak ke sisi positif elektrod, kemudian ke sisi negatif dan kemudian kembali ke sisi positif.

Jadi peralihan antara elektrod itu menyebabkan kehilangan kuasa berlaku disebalik tabir perlahan-lahan.

Penemuan masalah ini telah pun dikongsikan pasukan penyelidik ini kepada umum dan berjaya menarik perhatian beberapa syarikat perkakasan komputer terbesar di dunia dan pengeluar kenderaan elektrik.

Penyelidik memberikan penyelesaian dengan mencadangkan penggunaan sebatian plastik yang lebih mahal, tetapi juga lebih stabil untuk sel bateri.

Antara pilihan yang dicadangkan adalah menggunakan polipropilena iaitu bahan yang biasa digunakan untuk membuat barangan plastik yang lebih tahan lama seperti perabot luar atau botol air boleh guna semula.

Berkaitan

  • Cepat Muat Turun 2 'Game' Berharga Lebih RM50 Ini Secara Percuma
  • Kononnya Menjana Duit, Lebih 20 Juta Pengguna Android Terpedaya Dengan 4 Aplikasi Ini
  • JD Sports Dilapor Digodam, 10 Juta Data Pelanggan Terkesan

Sumber: CBC, Dalhousie University

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY