Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
JENDELA 2020

Biarpun Lebih 40 Juta Pelanggan, Tapi Hanya Sedikit Sahaja Aduan Berkaitan Internet Dibuat

Diterbitkan Mac 11, 2022 · Dikemas kini Mac 12, 2022 oleh ariff bukhari

Dalam Ringkasan Laporan JENDELA 2021 yang baru diterbitkan, dianggarkan terdapat lebih daripada 38.67 juta pengguna di Malaysia telah melanggan jalur lebar mudah alih.

Sementara sejumlah 3.04 juta pengguna pula direkodkan telah melanggan rangkaian jalur lebar tetap setakat tahun 2021 lalu.

Daripada keseluruhan jumlah langganan jalur lebar itu, MyJendela menyatakan hanya sebanyak 200,675 aduan berkaitan rangkaian atau isu capaian dibuat pengguna sepanjang tahun tersebut iaitu dari bulan Januari sehingga Disember 2021.

Pengguna yang paling banyak membuat aduan rangkaian pula adalah di Johor Bharu yang merekodkan sebanyak 7776 aduan.

Screenshot 2022-03-11 at 10.54.42 PM
Aduan rangkaian yang dibuat pengguna berdasarkan lokasi. Kredit: MyJendela

Aduan itu pula meliputi isu liputan 4G yang lemah, tiada langsung liputan 4G, gangguan perkhidmatan, isu kelajuan dan capaian internet serta isu liputan rangkaian 3G.

JENDELA juga memaklumkan, mereka telah melebihi sasaran asal untuk capaian kelajuan internet mudah alih Di Malaysaia di mana pada asalnya mereka hanya mensasarkan untuk mencapai kelajuan 30 Mbps sahaja untuk tahun 2021.

Tetapi setakat 31 Disember 2021, JENDELA berjaya mencapai kelajuan jalur lebar mudah alih selaju 37.30Mbps.

Untuk liputan rangkaian 4G pula, JENDELA menyasarkan mencapai 96.9% untuk liputan capaian rangkaian tersebut di seluruh Malaysia apabila berakhirnya tahun ini.

Screenshot 2022-03-11 at 11.09.18 PM
Kredit: MyJendela

Bermula tahun hadapan, Malaysia akan memasuki Fasa ke-2 Pelan JENDELA yang akan berakhir pada 2025 nanti. Dalam tempoh itu, JENDELA mensasarkan liputan 4G di Malaysia akan mencapai tahap 100% dan kelajuan jalur lebar mudah alih mencapai kelajuan sehingga 100 Mbps.

Sumber: Ringkasan Laporan JENDELA 2021

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY