Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mahu Kurangkan Kos, Apple Dilapor Hentikan Sementara Pengambilan Pekerja

Mahu Kurangkan Kos, Apple Dilapor Hentikan Sementara Pengambilan Pekerja

Diterbitkan November 4, 2022 oleh Amalina Athman

Menurut Bloomberg, Apple telah menghentikan sementara pengambilan pekerja untuk kebanyakan kerja yang melibatkan di luar penyelidikan dan pembangunan, berikutan mahu mengurangkan kos menjelang tahun depan.

Bagaimanapun, pembekuan pengambilan tenaga kerja itu tidak melibatkan pasukan yang bekerja untuk peranti akan datang dan inisiatif jangka panjang. Sebaliknya, ia menjejaskan beberapa fungsi korporat serta peranan kejuruteraan perkakasan dan perisian.

Berkaitan

  • Pasaran PC Semakin Perlahan, Intel Dilapor Akan Buang Ribuan Pekerja Seawal Bulan Ini
  • Seagate Bakal Hentikan 3,000 Pekerja Di Seluruh Dunia
  • Apple Dikhabarkan Tangguh Keluaran Macbook Pro M2 Sehingga Mac 2023

Dalam satu kenyataan, Apple menyatakan akan terus mengambil tenaga kerja baharu, tetapi disebabkan “persekitaran ekonomi semasa”, pihaknya mengambil pendekatan tertentu untuk beberapa bahagian perniagaannya.

Ketika ini, laman web pengambilan Apple masih mengiklankan jawatan baharu, tetapi sebahagian besar proses pengambilan sebenar telah ditangguhkan.

Berita mengenai pembekuan pengambilan pekerja itu pada mulanya dilaporkan awal minggu ini oleh Insider, yang menyatakan kakitangan di beberapa bahagian telah diberitahu bahawa Apple tidak akan mengambil pekerja baharu selama beberapa bulan, mungkin sehingga akhir September 2023.

Gambar utama: New York Times

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY