Dalam PCI-SIG Developers Conference 2022 yang sedang berlangsung ketika ini, teknologi PCIe 7.0 telah diumumkan. Teknologi ini disasarkan pelancarannya kepada pengguna pada tahun 2025 dan ia mampu mencapai kelajuan penghantaran data hingga 128 GT/s.
Itu bersamaan 512 GB/s daya pemprosesan 2 arah melalui sambungan 16-laluan.
PCI-SIG merupakan satu konsortium yang bertanggungjawab disebalik pembangunan dan antara muka PCIe yang terdiri daripada 900 syarikat. Manakala, PCIe (peripheral component interconnected express) adalah antara muka standard yang menghubungkan komponen-komponen yang berkelajuan tinggi di papan induk anda.
Spesifikasi PCIe 7.0
PCI-SIG mengumumkan bahawa teknologi generasi ke 7 ini secara asasnya mampu menggandakan kadar pemindahan data dan lebar jalur (bandwith) berbanding PCIe 6.0.
Sekiranya penyataan tersebut mampu dikecapi pada tahun 2025 nanti, PCIe 7.0 akan mempunyai kadar pemindahan data 4 kali ganda lebih tinggi daripada PCIe 5.0 yang sedia ada ketika ini.
Sasaran spesifikasi PCIe 7.0:
- memberikan kadar bit asas 128 GT/s dan sehingga 512 GB/s dua hala melalui konfigurasi x16.
- Menggunakan isyarat PAM4 (Pulse Amplitude Modulation dengan 4 tahap).
- Memfokuskan pada parameter saluran dan jangkauan.
- Meneruskan menyampaikan sasaran kependaman rendah dan kebolehpercayaan tinggi.
- Meningkatkan kecekapan kuasa.
- Mengekalkan keserasian kebelakang (backward compatibility) dengan semua generasi terdahulu teknologi PCIe ini.
Selain itu, PCI-SIG menyasarkan peningkatan 2 kali ganda dalam lebar jalur dan kelajuan pada teknologi PCIe ini setiap 3 tahun.
Tambahan lagi, melalui konfigurasi 16-laluan, teknologi PCIe 7.0 mampu mencapai kadar pemindahan data selaju 128 GT/s dan lebar jalur hingga 512 GB/s dalam konfigurasi sambungan 16-laluan.
Sebagai perbandingan, PCIe Gen5 yang terbaru pada masa ini mempunyai kadar pemindahan pada 32 GT/s dan 128 GB/s lebar jalur. Setakat ini, tiada lagi kad grafik mahupun komponen perkakasan komputer di luar sana yang mampu menyokong teknologi selaju ini.
Oleh itu, teknologi ini memerlukan beberapa tahun bagi komuniti dunia bersedia untuk menggunapakai teknologi PCIe 7.0. Walau bagaimanapun, teknologi ini diperlukan untuk penggunaan pelayan di mana ia memerlukan kadar pemindahan dan lebar jalur yang tinggi dek kerana mengendalikan data yang besar.
Sumber: wccftech, Tom’s Hardware
Gambar utama: PC Gamer
Baca juga: