Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mac STudio_4

Mac Studio Turut Diperkenal Dengan Cip M2 Max Dan M2 Ultra

Diterbitkan Jun 6, 2023 · Dikemas kini Jun 6, 2023 oleh Amalina Athman

Melalui acara WWDC 2023, Apple telah mengumumkan sejumlah produk baharu dalam barisan Mac. Antaranya termasuk Mac Studio yang dikuasakan cip M2 Max dan M2 Ultra.

Berkaitan

  • Apple Vision Pro - Cip M2, Paparan 23 Juta Piksel Dengan Harga ~RM16,000
  • Ini Senarai Model iPhone Yang Akan Terima Kemas Kini iOS 17
  • Harga MacBook Air Di Malaysia Kini Boleh Mencecah Lebih RM10 Ribu

Mac Studio

mac studio wwdc 23 4

Berbanding Mac Studio sebelumnya, Mac Studio baharu ini dikuasakan cip M2 Max dan M2 Ultra dengan sejumlah naik taraf.

Dengan M2 Ultra, Mac Studio merangkumi memori sehingga 192GB RAM dan kelajuan sehingga 800GB/s bersama gandingan storan sehingga 8TB. Untuk prestasi, ia menyokong sehingga 24-teras CPU dan 76-teras GPU serta 40% lebih pantas dengan Neural Engine.

Sementara Mac Studio M2 Max hadir dengan sokongan sehingga 12-teras CPU, 38-teras GPU serta sehingga 96GB RAM, kelajuan 400GB/s dan 8TB storan.

Mac Studio dengan cip M2 Max dan M2 Ultra masing-masing menawarkan kelajuan 4x dan 6x lebih pantas berbanding iMac berasaskan cip Intel.

mac studio wwdc 23 1

Beralih ke paparan, ia hadir dengan sokongan resolusi 8K. Mac Studio dengan cip M2 Max mampu menyokong sehingga 5 paparan, manakala dengan cip M2 Ultra dilengkapi sokongan sehingga 8 paparan dan 6 Pro Display XDR.

mac studio wwdc 23 2

Antara lainnya, ia turut didatangkan dengan Thunderbolt 4, 10Gb Ethernet, SDXC, HDMI, 3.5mm bicu audio, Wi-Fi 6E dan Bluetooth 5.3.

Harga yang ditawarkan untuk Mac Studio dengan cip M2 Max bermula RM9,499, manakala Mac Studio dengan M2 Ultra bermula pada tanda harga RM18,999.

Buat masa ini, belum lagi diketahui bila ia akan tersedia untuk pasaran Malaysia.

Sumber: Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY