Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Mac OS X, Versi Sistem Operasi Paling Lama Hayatnya Di Komputer Apple Macintosh

Posted on Ogos 13, 2024Ogos 13, 2024

Apple telah pun mengumumkan sistem operasi terbaru untuk komputer Apple Macintosh dengan memperkenalkan macOS Sequoia pada bulan Jun 2024 lalu.

Ia juga merupakan generasi macOS ke-15 bagi siri sistem operasi macOS.

Tetapi, tahukah anda bahawa sistem operasi Mac OS X (10.0) adalah versi macOS yang paling lama digunakan Apple untuk komputer Macintosh mereka.

Mac OS X 10.0 (Cheetah)

Apple pertama kali melancarkan Mac OS X 10.0 yang juga dikenali sebagai Mac OS X Cheetah kepada umum pada Mac 2001 dahulu.

Tetapi ia tidak ditawarkan secara percuma. Sebaliknya ia dijual pada harga USD129 (~RM573 berdasarkan tukaran mata wang terkini).

Rupa antaramuka Mac OS X 10.0 Cheetah.

Selepas itu, Apple kekal setia menggunakan Mac OS X ini sehinggalah ke tahun 2019 menerusi macOS 10.15 Catalina.

Jadi, sepanjang tempoh 19 tahun itu dari tahun 2001 hingga 2019, Apple selesa menggunakan versi Mac OS X. Cuma, Apple melakukan sedikit perubahan pada penjanamaan sistem operasi itu dengan menukarkannya dari Mac OS X kepada OS X dan menukarnya kepada macOS yang digunakan sehingga kini.

Hanya bermula dari OS X Mavericks barulah Apple menawarkan sistem operasi Macintosh secara percuma kepada semua.

Tetapi versi X atau ke-10 macOS kekal digunakan sepanjang tempoh 19 tahun itu. Berikut adalah versi-versi Mac OS X yang wujud sepanjang tempoh tersebut:-

  1. Mac OS X 10.0 Cheetah – Mac 2001
  2. Mac OS X 10.1 Puma – September 2001
  3. Mac OS X 10.2  Jaguar – Ogos 2002
  4. Mac OS X 10.3 Panther – Oktober 2003
  5. Mac OS X 10.4 Tiger – April 2005
  6. Mac OS X 10.5 Leopard – Oktober 2007
  7. Mac OS X 10.6 Snow Leopard – Ogos 2009
  8. Mac OS X 10.7 Lion – Julai 2011
  9. Mac OS X 10.8 Mountain Lion – Julai 2012
  10. OS X 10.9 Mavericks – Oktober 2013
  11. OS X 10.10 Yosemite – Oktober 2014
  12. OS X 10.11 El Capitan – September 2015
  13. macOS 10.12 Sierra – September 2016
  14. macOS 10.13 High Sierra – September 2017
  15. macOS 10.14 Mojave – September 2018
  16. macOS 10.15 Catalina – Oktober 2019

Selepas daripada macOS 10.15 Catalina, barulah Apple menaik taraf macOS mereka kepada nama macOS 11 bermula dengan Big Sur pada November 2020.

Apple seterusnya menamakan macOS mereka kepada macOS 12 (Monterey, Oktober 2021), macOS 13 (Ventura, Oktober 2022), macOS 14 (Sonoma, September 2023) dan yang terkini macOS 15 (Sequoia, dijangka dilancarkan kepada umum pada September 2024 ini).

Jadi, boleh disimpulkan bahawa versi Mac OS X bermula dengan versi 10.0 adalah yang paling lama digunakan sebagai sistem operasi komputer Macintosh.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang senarai sistem operasi Macintosh atau lain-lain sistem operasi yang dibangunkan Apple dan mengikuti sejarahnya, anda boleh sahaja memuat turun aplikasi Mactracker yang menyediakan informasi teknikal pada setiap peranti dan sistem operasi yang dibangunkan Apple.

Aplikasi ini sentiasa di kemas kini oleh pembangunnya dari masa ke semasa yang akan memuatkan informasi terkini apabila sesuatu produk Apple dikemas kini atau ada yang baharu dilancarkan.

Aplikasi Mactracker tersedia untuk dimuat turun dari App Store (iPhone dan iPad) serta Mac App Store (macOS).

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress