Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lorong Khas Bas Mula Diuji Di Kuala Lumpur, Ini Senarai Laluan Terlibat

Lorong Khas Bas Mula Diuji Di Kuala Lumpur, Ini Senarai Laluan Terlibat

Diterbitkan Mac 3, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalinkan kerjasama menjalankan ujian rintis lorong khas bas di koridor Jalan Ipoh sejak 1 Mac 2022.

Projek perintis percubaan (pilot project) ini dijadualkan berjalan selama dua bulan iaitu sehingga 30 April dengan tujuan untuk mengurangkan masa perjalanan, menilai tahap pengalaman perjalanan dan keselamatan penumpang perkhidmatan bas Rapid KL.

bas rapid

Lorong bas ini beroperasi setiap hari bermula jam dari 6.00 pagi hingga 8.00 malam, kecuali hari minggu dan cuti umum.

Berikut ialah laluan bas Rapid KL yang terlibat:

  • Laluan 171: Hab Wira Damai – Lebuh Ampang melalui Sentul.
  • Laluan 173: Taman Jasa Utama – Lebuh Ampang.
  • Laluan 180: Taman Dato’ Senu – Hab Pasar Seni.
  • Laluan 190: Hab Desa Sri Hartamas – Lin Jo Jalan Lekiu.
  • Laluan 191: Terminal Sri Segambut – Monorel Chow Kit.

Jika projek ini melepasi fasa ujian dan dilaksanakan secara serius, maka ia melancarkan pergerakan bas kerana tidak bersesak dengan kenderaan lain, menjimatkan masa dan menjamin keselamatan pengguna ketika menaiki atau turun dari bas kerana dapat berhenti di perhentian bas yang dikhaskan.

Sumber: MyRapid

Baca juga:

  • Cara Beli Tiket Bas Dan Feri Guna Aplikasi Grab
  • Thailand Kuat Kuasa Pembayaran Tol Guna Nombor Plat, Ujian Rintis Hanya Sebulan
  • Rasmi Apple Akan Adakan Acara Pelancaran Minggu Hadapan, Kemungkinan Lancarkan 2 Peranti

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY